Arowana

Mengenai Arowana
***************************
Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai `Ikan Naga’, telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana populariti yang sangat besar, bernilai dan tampak prestij. Bentuknya yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut ‘bonytounge’ dan berskala besar. Khabar angin tentang misteri Arowana Asia ini telah dibuat begitu istimewa dan ianya telah mencuri hati banyak pencinta ikan.

Mengenai Ikan Arowana
***********************************
Ikan arowana atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia, Australia dan Amerika Selatan. Jadual di bawah menunjukkan jenis arowana dan habitat asalnya.

Nama / Jenis Arowana
  1. Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan) diantaranya adalah Kelisa emas (Malaysian Golden / crossback / highback), Super Red, Banjar Red dan Yellow Green Tail Arowana
  2. Ausralian Arowana: Pearl Arowana
  3. South American Arowana: Silver Arowana & Black Arowana
Selain itu, masyarakat cina juga mempercayai ikan ini mampu membawa tuah dan mereka juga percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos cina. Kedua-dua faktor diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.

Arowana (Scleropages formousus)
**********************************************
Ikan Arowana adalah merupakan spesis yang dilindungi oleh CITES iaitu suatu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana diancam kepupusan. Arowana ini pula hanya terdapat di Indonesia dan Malaysia sahaja. Dari segi kualiti, Arowana Emas Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Golden/Crossback Golden adalah lebih berkualiti kerana memiliki sisik emas penuh (6 jalur) berbanding kelisa emas Indonesia (4-5 jalur sahaja).

Berminat untuk memiliki Arowana ?
SMS / Call : 010 788 9835

sumber rujukan :
http://www.arowana2u.com/

Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.