BellaGene

BellaGene Gano Excel merupakan campuran minuman berperisa strawberi dengan kolagen. 

BellaGene diformulasi khas dengan kombinasi ekstrak KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS, BIJI ANGGUR, ALOE VERA dan VITAMIN C untuk membekalkan kolagen mudah cerna dalam bentuk yang sedia diserap oleh sel-sel badan untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia juga dapat diserap oleh kulit sehingga ke bahagian dermis untuk menggalakkan pembentukan kolagen bagi tujuan memperbaiki struktur dan keanjalan kulit anda.

Apa itu Kolagen?

Kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang sedia ada. Jadi, semakin tua usia kita, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Kesan-kesan kehilangan Kolagen:
  • Garis-garis halus & kedutan
  • Kulit tidak anjal
  • Rambut gugur
  • Kuku menebal, bergerigi & pecah
  • Kulit kusam dan banyak jeragat
  • Sakit sendi
  • Penglihatan kabur
  • Kulit terlalu berminyak atau kering
Kandungan Semulajadi BellaGene

Ekstrak KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS 

Kolagen terdapat dalam banyak sumber dan di antara yang terbaik adalah Kolagen Marin yang menjalani proses hidrolisis untuk membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh. 

Kolagen dalam bentuk asalnya adalah molekul bersaiz besar yang sukar diserap oleh tubuh manusia. “Hidrolisis” adalah proses di mana kolagen diuraikan kepada molekul-molekul lebih kecil yang dikenali sebagai “peptida kolagen”. Kolagen Marin Terhidrolisis membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisma kolagen dikekalkan di tahap yang optimum.

Ekstrak BIJI ANGGUR 

Ekstrak biji anggur kaya dengan anti-oksida Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang berfungsi membantu sistem tubuh badan meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel. Ekstrak biji anggur tinggi kandungan protein yang menjadi bahan utama dalam pembentukan tisu sokongan di dalam kulit. Ia juga berupaya meningkatkan daya penyerapan Vitamin C oleh badan dengan lebih berkesan.

ALOE VERA 

Aloe Vera membantu penyerapan Vitamin C oleh badan. Ia bertindak sebagai anti-bakteria, anti-fungi, anti-virus dan anti-radang. Aloe Vera mengandungi banyak vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12, C dan E, Asid Folik, Niacin dan garam galian yang membantu meningkatkan sistem imun badan. Aloe Vera berupaya meningkatkan kandungan kolagen badan dan seterusnya membantu mengekalkan kecantikan kulit agar kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan sel.

VITAMIN C 

Vitamin C penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen dalam badan. Ia sangat penting untuk tulang, gigi, pembuluh darah dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon. Ia juga memiliki kesan antioksida untuk menentang radikal bebas.

Khasiat & Keistimewaan BellaGene
  • Membantu merangsangkan penghasilan kolagen
  • Membantu memulihkan tahap kesihatan
  • Membantu memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Membantu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit serta melicinkan struktur kulit
  • Membantu menggalakkan pembaharuan kulit danmengurangkan pengecutan otot
  • Membantu menyihatkan rambut, gusi dan kuku
  • Membantu meningkatan sistem imunisasi badan
  • Mambantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh badan
  • Sebagai anti-oksida untuk meneutralkan radikal bebas
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Selamat digunakan
*Cadangan Hidangan

Campurkan sebungkus BellaGene ke dalam 100ml air suam atau sejuk dan kacau sehingga sebati.

*Penyimpanan

Simpan di tempat yang dingin dan kering. Elakkan dari panas dan sinaran matahari.

Sekotak : 20g x 15 peket

Berminat untuk mencuba BellaGene ? 
SMSkan <BellaGene> dan hantar ke 016 990 1905.

Harga : RM195
Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.