Pest Control


Khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak.

Lindungi kediaman dan bangunan pejabat anda dari kerosakan makhluk perosak. Khidmat kawalan serangga kami berhasrat untuk memenuhi keperluan serta kemampuan anda. 

Kami menjalankan kawalan serangga am (general pest control), corrective treatment, soil treatment dan juga baiting system. 

General Pest / Kawalan serangga perosak secara berjadual

Kawalan ini dilakukan di sesebuah premis / bangunan seperti di stor, pejabat dan juga rumah. Kawalan susulan dilakukan setiap 1 bulan sekali bagi restoran atau 2 bulan sekali bagi kediaman dan pejabat. Ianya adalah kaedah semburan biasa menggunakan pam sprayer dan disembur di sekeliling dinding dan tempat tertentu. Ia merangkumi kawalan / pembasmian anai-anai, semut, lipas dan tikus. Kawalan ini tidak bertahan lama dan ianya harus diulangi mengikut kesesuaian premis.

Fumigation / Kerja-kerja pewasapan menggunakan gas dan peralatan khas

Kawalan ini menggunakan gas beracun yang amat berbahaya iaitu Kelas 1A seperti Methyl Bromide, Phostoxin gas dan magtoxin gas. Kawalan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang professional yang telah dilatih dan mempunyai lesen khas fumigation. Sebelum kerja-kerja dijalankan, terdapat prosedur tertentu perlu dilakukan iaitu melaporkan kepada pihak polis, pihak kastam, jabatan laut, jabatan kesihatan Malaysia dan pelbagai pihak berkuasa tempatan bagi mematuhi syarat-syarat tertentu sebelum kerja-kerja dijalankan.

Kawalan ini biasanya dilakukan di kontena, kapal-kapal, kilang-kilang makanan, barang dagangan berharga serta pelbagai lagi. Proses fumigation ini mengambil masa 1 hingga 2 hari. Tempat yang hendak di fumigate hendaklah di tutup dengan rapi menggunakan tarpulin (plastik khas). Barang-barang yang hendak di fumigate hendalah di kawal selama 24 jam. Kawasan kawalan yang hendak dilakukan fumigate mestilah berjauhan dari laluan awam iaitu 50 meter persegi. Setelah kerja-kerja fumigation dilakukan, pihak syarikat akan mengeluarkan satu surat pengesahan khas kepada pelangan.


Jika anda mempunyai sebarang masalah, hubungi kami di talian 016 990 1905 supaya kami dapat memberikan cadangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah anda.




Berminat untuk mencuba Khidmat Pest Control ? 
SMSkan <Pest Control> dan hantar ke 016 990 1905.

Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.