Satu Kaedah Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Meningkatkan Jualan

Bagaimana meningkatkan pemasaran dan jualan bisnes anda ?


Seringkali kita mengeluh bila segala usaha yang kita lakukan untuk meningkatkan jualan tidak berhasil. Bukan sekadar membuang masa dan wang ringgit tetapi segala idea yang ada sudah dikeluarkan untuk melariskan jualan. Buntu memikirkan kaedah mana yang berkesan dan sesuai untuk bisnes kita.

Orang lain buat menjadi. Kita buat tak jugak menjadi-jadi.

Akhirnya kita mudah naik angin, stress, putus asa dan tidak yakin dengan bisnes sendiri. Dah tak tahu apa lagi nak buat. Nak teruskan bisnes atau nak tutup saja. Buat bisnes lain atau cari kerja makan gaji. Tak payah pening kepala. Cukup bulan ada dapat duit. Itulah kesudahan yang kita mampu usahakan untuk meneruskan kehidupan.

Persoalannya adalah....

Adakah kita semua telah melakukan
perkara yang betul untuk melariskan
produk dan perkhidmatan yang kita usahakan ? 

Saya mendapat emel yang banyak berkaitan dengan kaedah melariskan jualan. Ada yang saya baca dan ada jugak yang saya terus delete tanpa membacanya. Terutamanya bila saya tengok tajuk intro pun dah menyakitkan hati. Terus saja saya delete dan unsubscribe dari penghantar yang berkenaan. Saya rasa anda juga pernah melakukannya.

Ada emel dari mereka yang saya kenali dan terlalu banyak emel dari mereka yang tidak saya kenali berkaitan dengan kaedah melariskan jualan. Rata-rata memberikan cara yang sama dan testimoni sana sini menceritakan kehebatan dan keberkesanan kaedah yang mereka tawarkan. 

Tetapi adakah apa yang ditawarkan itu betul-betul berkesan dan bukan sekadar kata-kata manis dan tulisan indah yang sedap di baca untuk mendapatkan komisen dan keuntungan ?

Memang tidak dinafikan, ada kaedah yang memang berkesan untuk melariskan jualan. Tetapi apabila terlalu banyak kaedah yang disyorkan kepada saya, saya pun jadi keliru jugak pada akhirnya. Akhirnya semua idea tu saya dengar sahaja dan tidak melakukan apa-apa. Ianya sekadar dengar dan tahu. 

Jadi apa yang saya lakukan untuk memperbaiki bisnes saya ?

Langkah 1 :

Saya mengemaskinikan blog dan isi kandungan dalam blog saya. Mencari dan mengenalpasti apakah yang di cari oleh pelanggan dan mudah untuk di jual melalui laman MalayShops saya.

Langkah 2 :

Meningkatkan aktiviti dan mempelbagaikan kaedah pemasaran yang saya gunakan. Alhamdulilah, sekarang sudah banyak panggilan masuk ke blog dan telefon saya. Ada yang sekadar bertanya dan ramai juga yang terus membuat tempahan dan belian. Bisnes bertambah baik dan prospek baru bertambah setiap hari. Alhamdulilah.

Saya tidak mahu memberikan harapan palsu kepada anda semua yang sedang membaca artikel ini. Sekadar ingin berkongsi apa yang telah saya lakukan dengan anda semua. Mungkin kaedah yang baru saya gunakan ini juga berkesan untuk diguna pakai oleh anda semua. Tetapi jangan terus salahkan saya jika ianya belum berkesan untuk anda. Cuba dulu sampai anda betul-betul puas hati. Lagipun, kita boleh berhubung jika anda perlukan bantuan saya. Apa yang susahnya. betul tak ?

Apa yang ingin saya tawarkan kepada anda ?

Kita mungkin biasa mendengar pemasaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Tetapi bagaimana kita boleh memaksimakan penggunaan kaedah ini untuk meningkatkan prestasi bisnes kita ? Ramai yang tahu mengenai kelebihan ini tetapi bukan semua orang tahu kaedah yang berkesan untuk menggunakannya.

Jadi macamana nak buat supaya ianya berkesan untuk bisnes kita ?
Kami berikan anda ….
  1. 1000 sms untuk digunakan sebagai permulaan. Gunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan maklumat bisnes anda kepada bakal pelanggan dan juga pelanggan-pelanggan sedia ada. Menghantar  1000 sms melalui sistem yang kami sediakan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja. Ianya adalah lebih baik daripada anda mencetak 1000 helai flyer atau pun brosur. Jika anda tidak tahu menggunakannya, kami ajarkan secara PERCUMA sehingga anda boleh buat sendiri.
  2. Alamat promosi bisnes anda dengan link http://malayshops.com/namabisnesanda. Anda telah menghantar sms untuk memperkenalkan bisnes anda kepada orang lain. Jangan lupa memasukkan alamat web atau blog yang kami sediakan untuk anda. Ini akan memudahkan anda menyampaikan maklumat ringkas mengenai bisnes anda kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya pelanggan tahu di mana hendak mencari dan mendapatkan produk apabila diperlukan. Amat menjimatkan masa dan memudahkan urusan anda. Pelanggan anda juga boleh jadi dari kawasan yang jauh dari tempat anda sendiri. Semuanya mudah dengan adanya laman ini. Bisnes anda beroperasi 24 jam sehari tanpa ada sebarang kos tambahan.
  3. 200 keping bisnes kad untuk memudahkan anda memperkenalkan bisnes secara offline. Adakalanya anda berjumpa dengan prospek dan jangan lupa menghulurkan bisnes kad anda kepada mereka. Kami sediakan 200 keping untuk keperluan anda.
  4. Free training and consultancy secara online. Jika anda datang berjumpa secara peribadi pun insya allah boleh. Tetapi perlu buat temujanji supaya kita dapat menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Ianya bertindak seperti khidmat selepas jualan untuk memberi bantuan kepada anda yang bermasalah.

Kami memerlukan 100 orang untuk dijadikan sebagai perintis kepada program-program lain yang sedang dirancang. Kepada yang berminat boleh menghubungi kami di talian 018 203 5896


Sebagai tambahan, 
100 penyertaan pertama untuk program ini 
akan kami hadiahkan dengan :

1 helai t-shirt MalayShops
(bernilai RM30)
dan

2 buah buku motivasi yang bertajuk : 
Berfikir Gaya Trump dan juga Pengaruh Gaya Trump 
(bernilai RM40)

Daftar sekarang !!!
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan sehelai t-shirt MalayShops dan juga  2 buah buku motivasi. Kesemuanya bernilai RM70.

Daftar dahulu. Bayar kemudian. Kami mudahkan urusan anda. 

SMSkan <nama anda> jarak <alamat lengkap> ke 018 203 5896

 Sila klik untuk hantar emel
Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.