Buat Sendiri Perangkap Nyamuk

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA ! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK AEDES DAN DENGGI.


Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik      2-liter.

Bagaimana caranya:
  1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
  2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
  3. Tambah yis. Tidak perlu digaul. Ia akan menghasilkan Karbon Dioksida menarik perhatian nyamuk.
  4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
  5. Bungkus botol dengan sesuatu yang berwarna hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Mungkin ada yang tertanya ? 
Kenapa dan macamana nyamuk boleh mencari kita walaupun dalam kelambu / selimut ?

Nyamuk dapat mengesan karbon dioksida dan akan tertarik kepadanya. Yis yang bertindak dengan makanan (gula perang) akan menghasilkan karbon dioksida. Anda boleh rujuk pada 7 jenis tanaman penghalau nyamuk

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol. Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini di sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain .

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.