7 Tanaman Penghalau Nyamuk

Mungkin ramai yang tak tahu ada beberapa tanaman yang boleh menghindar / menghalau nyamuk secara semulajadi. Sekarang sudah masuk musim hujan, kenalah kita berjaga-jaga terutama dari wabak penyakit demam berdarah, cikungunya, dan penyakit lain yang disebabkan nyamuk.


Bagi menambah pengetahuan kita, 7 tanaman yang boleh digunakan sebagai pengusir nyamuk.

1. Geranium


Nama lain Tapak Dara. Tanaman ini mengandungi ...
geraniol dan sitronelol yang dapat mengusir nyamuk. Kedua-dua bahan yang dimiliki Geranium boleh dengan mudah terbang memenuhi udara. Tanam saja Geranium ke dalam pasu atau di tanah. Tempatkan di tempat yang mudah terdedah kepada tiupan angin, apabila daun-daun Geranium bergesakan, aroma bahan yang ada di tanaman ini akan tesebar, membuatkan nyamuk menjauhi kawasan rumah anda.

2. Zodia


Tanaman ini asli dari Indonesia berasal dari Papua, di mana orang-orang Papua akan menggosok-gosokkan daun ini sebelum masuk hutan agar terlindung dari serangga terutamanya nyamuk. Zodia memiliki dua zat yang dapat membuat nyamuk kabur, iaitu Evodiamine dan Rutaecarpine. Untuk merasakan manfaatnya, Zodia boleh ditanam di ruang yang banyak ditiup angin agar aromanya tersebar dan mengusir nyamuk.

3. Serai wangi


Serai wangi dikenali sebagai salah satu bahan msakan di dapur, tapi ia mempunyai zat geraniol dan Citronella yang tidak disukai nyamuk. Menanam serai cukup mudah, tempatkan di perkarangan rumah saja.
cadangan membaca : petua menghalau tikus

4. Akar Wangi


Tanaman ini boleh mengeluarkan aroma menyengat yang tidak disukai nyamuk seperti Aedes. Tanam akar wangi di pekarangan rumah untuk menghindar nyamuk.

5. Lavender


Tanaman ini asalnya dari Switzerland, dan telah diubahsuai sebagai bahan pembuat losyen anti nyamuk. Bunga Lavender yang berwarna ungu mempunyai zat linalool dan Lynalyl acetate yang tidak disukai nyamuk. Tanam Lavender dalam pasu atau di tanah, lebih berkesan, ambil bunganya dan gosok-gosokkan ke kulit.
cadangan membaca : koleksi petua halau semut di rumah

6. Rosemary


Bunga Rosemary menghasilkan bau seperti bau minyak kayu putih. Aromamanya tidak disukai oleh nyamuk kerana menghapuskan deria baunya. Tanaman ini dapat ditanam ke dalam pot atau tanah, berdekatan dengan jendela. Cara penggunaan, ambil daunnya yang berbentuk jarum dan digosokkan ke kulit.


7. Bunga Kantan


Bunga kantan, atau honje (Etlingera eliator; sinonim Nicolaia elatior, Phaeomeria speciosa) adalah sejenis tumbuhan rempah dan merupakan tumbuhan tahunan berbentuk bunga, buah, serta bijinya, digunakan sebagai kerabu ataupun ulam-ulaman. Bunga kantan juga boleh menghalau nyamuk. Nama lain adalah kincung (Medan) serta siantan (malaysia). Orang Thai menyebutnya kaalaa

Jadi, itulah ketujuh-tujuh tanaman yang dibenci oleh nyamuk. Jika dirumah anda banyak nyamuk, tanam saja beberapa dari tanaman tersebut di atas. Tetapi kalau cara kampung, petang-petang bakar saja sampah. senang!! kalau malas sangat bakar rokok je, "BOLEH ke"

Semoga bermanfaat ..

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.