Rahsia kecantikan selebriti Korea


Wanita Korea boleh dikatakan wanita yang mempunyai kulit putih mulus, rambut yang didandan rapi selain menitikberatkan berat dan bentuk tubuh mereka.

Lupakan seketika sisi negatif berkaitan dengan kecantikan wanita Korea yang sering disifatkan kecantikan hasil 'pisau bedah', di sini kami ingin berkongsi tip atau amalan kecantikan selebriti terkenal Korea yang mudah dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. 

GO HYUN JUNG
Pemakanan
- Menghindar dari mengambil sebarang makanan bergaram dan pedas demi memastikan kulit sentiasa bersih - Menggemari limau gedang (grapefruit) kerana ia dapat membantunya menahan lapar.
Penjagaan kulit
- Sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum memakai sebarang alat solek atau produk penjagaan kulit. - Ketika mencuci wajah anda, campurkan pencuci wajah (foaming) dengan air suam dan pastikan ia berbuih sama saiz seperti sebiji telur. Mula dari belakang telinga kemudian ke bahagian dagu seterusnya ke bahagian tengah wajah anda. - Wajah yang bermasalah boleh dirawat dengan membasuh bahagian yang terjejas dengan air garam bagi memastikan kawasan tersebut disanitasikan dan mencegah ia dari semakin teruk. 

Song Hye Kyo
Jelitawan yang ini mulai terkenal seantero dunia selepas dia membintangi drama korea "Auntumn In My Heart" yang popular pada tahun 2000. Semenjak itu dia menjadi siulan bukan sahaja kerana bakatnya bahkan dia dicanang antara satu-satunya selebriti Korea yang memiliki kecantikan tulen tanpa pertolongan pakar bedah. Berikut adalah amalan kecantikan Song Hye Kyo. 
Pemakanan
- Mengelak memakan sebarang makanan berasakan cokelat, kola, dan makanan ringan. Sebaliknya dia memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan telur dalam kuantiti minima.
Rawatan Wajah
- Dia mengamalkan masker buatan sendiri yang berasaskan campuran putih telur dan madu untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa cerah. Jika anda ingin mencuba, sila pakai sebelum tidur dan tanggalkannya setelah ia kering. Jangan biarkan ia semalaman kerana takut keesokan harinya masker anda berubah kepada campuran tiga bahan, putih telur + madu + semut! - Membasuh wajahnya menggunakan susu segar. - Untuk memastikan wajah nan jelitanya itu sentiasa berbentuk 'V', Song akan mengurut wajahnya menggunakan ketulan ais kiub. 

Suzy Bae (Ahli kumpulan Miss A) 
Amalan kecantikan Suzy sangat menarik kerana dia mengamalkan kaedah rahsia iaitu '424'. Kaedah ini dilakukan selama empat minit dan fokus kepada jerawat. Langkah seterusnya memerlukan masa selama dua minit iaitu mencuci wajah menggunakan buih sabun. Sebaik sahaja sabun pencuci wajah anda berbuih, cuci wajah anda dengan lembut menggunakan buih tadi dan bilas. Langkah terakhir, adalah mencuci wajah selama empat minit. Selepas membilas wajah anda dengan air bersuhu suam, selesaikannya dengan mencuci wajah anda dengan air sejuk selama empat minit agar bagi mengecutkan pori-pori yang 'besar' di wajah anda. 

Suzy turut menasihatkan agar elakkan dari terus mengeringkan wajah anda sejurus selepas membersihkan wajah. Sebaliknya tepuk perlahan lembapan pada wajah selepas dibersihkan untuk menyerap air. 

Song Joong Ki
Aktor yang terkenal menerusi program realiti "Running Man" ini mengakui hanya memakan sebiji epal dan meminum yogurt setiap hari demi memastikan kulitnya sentiasa sihat. SJK turut menitikberatkan kecergasan stamina kerana merasakan ia memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit. 

Yoon Mi Rae
Amalan kecantikannya sangat mudah dan jimat dan sama seperti yang diamalkan oleh isteri aktor Hollywood, Orlando Bloom supermodel Miranda Kerr iaitu menggunakan minyak kelapa. Yoon lebih menggemari produk asli dan minyak kelapa adalah minyak yang kaya dengan pelbagai sumber vitamin dan mineral. 

Goo Hara (ahli kumpulan Kara) 
Berada dalam kumpulan wanita sensasi memerlukannya sentiasa kekal sihat dan ramping. Justeru Goo Hara menyarankan wanita di luar sana agar mengamalkan jus kecantikannya yang mengandungi campuran pisang, kacang badam, beri, walnut dan susu. Campuran jus segar ini sarat dengan enzim yang baik untuk kesihatan dalaman anda selain membantu meransangkan metabolisma. Kacang badam dan walnut pula mengandungi minyak baik yang berguna kepada kulit agar kekal cantik.


Petikan daripada :

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.