Nikmati PANGGILAN PERCUMA Untuk Semua VIPMember MalayShops


Assalamualaikum semua...

Bagaimana dengan bil handphone anda hari ini ? Adakah anda mengeluh setiap bulan ketika datangnya bil ke  rumah atau pejabat anda ? Kenapa mengeluh ? Bil tinggi dan tertunggak... hehehe. Anda mencari penyelesaiannya tapi tak jumpa ? Kalau... saya tawarkan PANGGILAN PERCUMA ke sesama rakan, apa tindakan anda ?

Bermula dari sekarang hingga mencapai kuota yang saya tetapkan iaitu 1000 VIPMember MalayShops, anda semua yang menjadi VIPMember MalayShops akan menikmati PANGGILAN PERCUMA jika berhubung di antara satu sama lain dalam komuniti MalayShops. Buatlah seberapa banyak panggilan yang anda suka sesama rakan di dalam komuniti MalayShops, semuanya adalah 100% PERCUMA

Ianya bukanlah satu gimik yang sengaja direka untuk menarik perhatian anda. Ianya adalah kenyataan kerana mereka yang telah menggunakan servis ini bersama MalayShops sememangnya menikmati banyak penjimatan. Perbelanjaan yang digunakan untuk membayar bil yang tinggi dahulunya kini boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih memberi faedah kepada keluarga dan juga diri sendiri. Ada di antaranya dulu membayar sekitar RM200 lebih setiap bulan untuk hanya bil handphone, kini tidak lagi. Lantaran itu, kami ingin berkongsi penjimatan ini dengan lebih ramai pengguna handphone di luar sana supaya lebih ramai kawan-kawan yang mana bilnya tinggi dapat berjimat dan menikmati tempoh panggilan yang lebih lama.

Jika anda seorang peniaga... sama ada anda suka atau tidak anda terpaksa menghubungi pelanggan untuk banyak sebab. Paling teruk ialah menghubungi mereka untuk membetulkan keadaan seperti tersalah buat pesanan, perubahan harga jualan, mengutip baki hutang, mendapatkan projek-projek baru serta melakukan follow-up untuk bisnes-bisnes yang sedang dilakukan. 

Mungkin anda hanya membuat satu panggilan telefon kepada satu pelanggan. Bagaimana pula sekiranya panggilan anda itu masuk ke peti simpanan suara handphone pelanggan anda ? Panggilan anda kena cas tetapi anda tidak sempat bercakap pun ! Itu juga satu kos tetapi anda tidak nampak kerana semuanya dimasukkan ke dalam bil anda pada bulan berikutnya. Tetapi apa pula akan berlaku sekiranya pelanggan anda menjawap panggilan ? Bil akan berjalan... perbelanjaan berjalan. Tengok-tengok.... fuhhhh banyaknya cas kat handphone !!!

Bagaimana pula dengan anda yang mempunyai pasukan jualan dan teknikal di dalam syarikat anda ? Anda sentiasa berhubung di antara satu sama lain. Dari pengurus ke bahagian teknikal. Bila ada masalah, call technician sana call technician sini. Semuanya dalam komuniti yang sama. Biasanya anda menggunakan pakej khas untuk semua staff di bahagian ini. Tapi ianya adalah diskaun penjimatan dan bukannya panggilan percuma ! Adakah anda katakan ini sebagai satu penjimatan kepada bisnes anda ? Kenapa tidak gunakan pakej yang ada dalam MalayShops untuk semua staff pejabat anda ? Ini akan memudahkan anda semua untuk menghubungi di antara satu sama lain DENGAN TIADA KOS PANGGILAN. Anda semua bebas berbual dengan tiada had masa dan percuma. Apabila anda bebas berbual di talian, ini akan mengurangkan pergerakan, penjimatan masa serta semua maklumat dapat disampaikan segera dengan hanya satu panggilan. Ini akan meningkatkan lagi masa yang berharga di dalam suasana bisnes anda dan mengurangkan pembaziran masa. Tak perlu lagi ke sana ke sini semata-mata untuk mendapatkan seseorang. Lebih menguntungkan ialah  anda bukan hanya boleh menggunakan servis ini untuk kakitangan jualan dan pemasaran serta teknikal sahaja, bahkan kami amat berharap agar servis ini anda gunakan untuk kesemua staff anda yang ada !!!. Bayangkanlah berapa banyak yang anda akan jimatkan dan betapa gembiranya semua staff anda kerana kemudahan ini bukan boleh di dapati di semua syarikat.

Jadi, jom la sertai kami di MalayShops. Jika anda ada lain-lain pertanyaan, boleh klik pada emel yang berikut...

Banyak keistimewaan yang MalayShops tawarkan kepada anda jika sertai sekarang. Antaranya :
  1. Kami paparkan no telefon anda sebagai sebahagian daripada direktori kami di muka hadapan www.malayshops.com.
  2. Kami hadiahkan seutas jam tangan (sama ada seiko atau guess) kepada semua VIPMember MalayShops yang baru.
  3. Kami berikan link yang memudahkan pelanggan anda mendapat info bisnes anda di MalayShops. Sebagai contohnya http://malayshops.com/bisneskad, http://malayshops.com/ganoexcel dan http://malayshops.com/atie81.
  4. Kami berikan pelbagai diskaun, kupon dan promosi bagi menggalakkan jualan produk dan perkhidmatan anda. 
  5. Pelbagai keistimewaan lain yang sentiasa kami kemaskinikan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki mutu dan perkhidmatan kami di MalayShops.

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.