Mencari Tempat Makanan di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Adakah anda salah seorang yang sedang mengusahakan perniagaan yang berasaskan makanan? Kami amat memerlukan anda untuk menyertai kami di ruangan MalayShops ini. Buat masa ini kami hanya mempunyai beberapa tempat makanan yang berdaftar dengan kami. Restoran dan tempat yang kami maksudkan ialah Ar-reezqi, Restoran Maliza Caterer, Satay Isabella dan juga Karipap Panas Peramu. 

Ar-reezqi menyediakan makanan yang best dan sedap. Harga pun mestilah boleh tahan. Makanan istimewa di sini adalah nasi beriani gam. Cubalah sekali baru boleh komen. Ramai pelanggan yang kami perkenalkan melalui Program Bisnes Kad memberikan komen yang bagus-bagus setelah mengunjungi Ar-reezqi. Anda pun kena cuba sendiri.

Restoran Maliza Caterer terletak berhadapan dengan pejabat pos besar Kuantan. Terdapat pelbagai masakan ala kampung dan sedap-sedap. Nasi ayam kukus adalah makanan istimewa di Restoran Maliza Caterer.

Satay Isabella bukan sahaja mengkhusus dalam bisnes satay. Terdapat juga masakan panas lain disediakan di sini.

Karipap Panas Peramu menjual karipap panasnya yang telah pun tersohor di facebook dan surat khabar. Sedap macam mana tu susah nak dikomen. Datanglah sendiri ke gerai ini di Peramu. 

Sebenarnya di Kuantan ini bukan sahaja ada 4 jenis masakan dan kedai yang sedap-sedap masakan dan makanannya. Kenapa anda yang membaca artikel ini tidak mahu menyertai rangkaian restoran dan makanan dalam MalayShops ? Join la arini. mana la tau kalau-kalau rezeki anda bertambah-tambah selepas ini.

Sekian.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.