Mencari Produk Yang Boleh Di Jual Dengan Harga RM10

Assalamualaikum semua...

Kami di MalayShops amat memerlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk menjayakan projek-projek keusahawan yang melibatkan komuniti orang Melayu.

Buat masa ini kebanyakan bisnes adalah datangnya dari kawasan Kuantan dan Pahang. Manakala pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan kami pula datangnya dari merata tempat termasuk Sabah dan Sarawak.

Kami percaya ramai daripada anda mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh dimajukan. Produk anda mungkin dipandang remeh oleh kawan-kawan terdekat anda tetapi tanpa disedari mungkin produk itu dinanti-nantikan oleh orang lain dari tempat yang mungkin tak pernah anda jejaki secara realitinya.

MalayShops bukan menjalankan perniagaan jualan langsung. Kami menghimpunkan pelbagai jenis bisnes dan perkhidmatan yang diusahakan oleh orang-orang Melayu dari merata tempat. Kami ingin memudahkan semua pihak terutamanya orang-orang Melayu sendiri yang tercari-cari barangan yang diusahakan oleh orang Melayu. 

Kami menjemput anda menyertai kami di ruangan Program Bisnes Kad MalayShops. Ini kerana di sinilah bermulanya hubungan kita. Pelbagai program sedang kami rancangkan untuk memberikan pelbagai ruang kemudahan kepada semua VIPMember kami.

Untuk menggalakkan penyertaan baru, kami berbesar hati untuk menghadiahkan anda seutas jam tangan berjenama Seiko (untuk lelaki) dan juga Guess (untuk wanita) kepada mereka yang baru menyertai kami.
 

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.