Testimoni Produk Kayu Jantan



SOALAN:
SAYA berusia 32 tahun dan berumahtangga hampir tiga tahun dan ada dua anak. Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks dan lambat ereksi untuk kali kedua.Saya malu untuk berjumpa doktor, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar. SAHIZAN Johor Bahru.

JAWAPAN DR.ISMAIL THAMBY:
Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala jika ereksi hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan. Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tip daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai Cincin CINCIN KAYU JANTAN. Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika mengerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan tiada lagi menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu, pemakai cincin ini perlu tahu cara untuk menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika dengan pengunaan alat ini masih tiada apa-apa perubahan, lebih baik berjumpa doktor. Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

SOALAN:
SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Sejak lima bulan lalu setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami ejakulasi terlalu awal dan air mani pula terlalu cair. Selain itu, saya kerap sakit pinggang terutama waktu pagi dan tengah hari. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kami juga merancang untuk mendapatkan anak kedua. Apa yang perlu saya lakukan? AMY | Selangor ..

JAWAPAN DR.ISMAIL THAMBY:
EJAKULASI awal atau cepat klimaks berlaku kerana daya kawalan ejakulasi lemah. Kadang-kadang jika ereksi kurang padat, geselan pada faraj dilakukan dengan cepat dan luar kawalan boleh menyebabkan ejakulasi awal. Cuba gunakan cincin penambat zakar supaya ereksi menjadi lebih padat. Ia dapat membantu meningkatkan daya kawalan dan mengekalkan ereksi. Pastikan cincin dipakai ketika ereksi padat supaya zakar tidak kembali kendur.

Air mani memang akan cair untuk memudahkan sperma bergerak. Air mani cair bukanlah petanda lelaki itu kurang subur, sebaliknya ia adalah air mani yang sihat. Kandungan sperma cukup, bergerak aktif dan bentuknya yang normal adalah ciri air mani yang sihat. Untuk mengetahuinya ujian air mani perlu dilakukan. Jika ada masalah, rawatan sewajar akan diberi doktor.

Memandangkan anda sudah mempunyai anak, peluang untuk menambah bilangan anak memang ada. Cuba lakukan hubungan seks sekerap mungkin sewaktu isteri dalam keadaan subur. Jika gagal juga dalam masa setahun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesuburan.

Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.