Baucer Terapi eMan Percuma Untuk Semua Pelanggan Baru MalayShops Mulai September 2012


Terima kasih kepada Encik Remy, Encik Johari dan Puan Wanie kerana sudi memberikan BAUCER TERAPI eMAN PERCUMA kepada semua pelanggan baru di MalayShops

Mulai September 2012, semua pelanggan yang berdaftar di MalayShops akan mendapat 2 baucer ini dari wakil kami yang sah. Kedua-dua baucer ini boleh dipindah milik dan boleh digunakan oleh orang lain samada kawan-kawan rapat dan juga sesiapa sahaja. 

Anda juga boleh menjadikankan baucer ini sebagai hadiah kepada rakan-rakan anda yang memerlukan rawatan terapi secara percubaan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Secara tidak langsung, anda telah membantu kawan anda yang kurang berkemampuan.

Walaupun kupon ini bernilai kurang dari RM50, tetapi kebaikan dan kelebihan berterapi di sini telah membantu ramai kawan-kawan yang mengalami masalah kesihatan.

Ramai di antara mereka yang ragu-ragu di permulaannya kini telah menjadi sebahagian daripada pelanggan tetap Pusat eMan terapi di Kuantan. 

Pusat eMan terapi di Kuantan ini memberikan anda pilihan sama ada ingin membuat bayaran secara harian atau pun bulanan. Walau bagaimanapun, pilihan bayaran secara bulanan adalah lebih jimat dan menguntungkan pengguna-pengguna.

Kami di MalayShops amat berbesar hati kerana melalui baucer yang tidak seberapa ini secara tidak langsung akan memberikan lebih peluang kepada orang ramai dan pelanggan-pelanggan MalayShops untuk lebih mendekati bisnes eMan terapi. 

Selamat berterapi di eMan terapi Kuantan.

Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.