Baucer Belian, Freegift Dan Diskaun Untuk Semua Pengunjung MalayShops

Untuk merancakkan lagi operasi pemasaran di MalayShops, kami memperkenalkan program diskaun melalui baucer, kupon dan juga sampel produk.

Melalui program ini, kami memberi peluang kepada semua peniaga yang berdaftar dengan MalayShops untuk memberi sama ada diskaun, baucer percuma, sampel produk percuma atau apa sahaja yang boleh membantu mereka meningkatkan jualan masing-masing.

Peniaga bebas menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan kepada bakal pelanggan dan juga pelanggan sedia ada asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum-hukum dan undang-undang Malaysia. Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam bisnes kedai gunting rambut, anda mungkin boleh menawarkan khidmat gunting rambut separuh harga untuk kali kelima. Oleh itu pelanggan anda hanya membayar harga penuh untuk kali pertama hingga keempat. Kali kelima pelanggan hanya perlu membayar separuh harga. Mudah bukan?

Secara tidak langsung anda dapat mengekalkan pelanggan sedia ada. Ini kerana kunjungan kelimanya ke kedai anda ada keistimewaanya. Anda juga haruslah memperbaiki mutu perkhidmatan anda supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.  Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Fikirkan banyak perkara yang boleh menarik perhatian orang lain untuk mengunjungi perniagaan anda. Perkara seperti jaga tutur kata semasa perbualan, kebersihan kedai, keselesaan dan imej perniagaan anda perlu diberikan perhatian.

Bagaimana pula dengan anda yang terlibat dalam bisnes katering, kedai makan, pengangkutan, produk kesihatan, komputer dan lain-lain ? Fikirkan apa sahaja kaedah kreatif anda dan kongsikan bersama dengan kami.

Sebagaimana yang anda ketahui, MalayShops bukan hanya menjalankan kerja-kerja pemasaran secara online. Jangan lupa, Matlamat utama MalayShops adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan orang-orang Melayu secara online dan juga offline. Kami masih berpegang kepada prinsip asas ini.

Kepada peniaga yang berminat untuk menyertai kami di Program Promosi Bulanan ini, anda boleh menghubungi kami di talian

013 9300 368 (Encik Zulkifli)


Tags: , ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.