6 Golongan Perempuan Yang Tak Layak Dijadikan Isteri

6 Golongan Perempuan Yang Tak Layak Dijadikan Isteri


1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup. Apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motosikal tak cukup, diberi kereta tak cukup. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih kepada suami. Apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat suka cakap buruk tentang suami, tidak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tiada kasih sayang. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam kepadanya.

3. Al -Hunaana:
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang, malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman : ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti hambanya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
Sibuk bersolek atau tidur atau suka buang masa hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbual, bergosip. Siang malam, pagi petang asyik bergosip terus. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak betul dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

*Semoga dapat dijadikan panduan



Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.