Program Santai Di Taman Gelora, Kuantan, Pahang

Program Santai Di Taman Gelora, Kuantan, Pahang telah dihadiri oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib  Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor bersama dengan semua menteri-menteri kabinet dan juga isteri-isteri menteri semua. 

Pelbagai makanan, kuih-muih dan lauk pauk disediakan secara percuma di sana. Ada yang sempat tengok tapi tak sempat merasa dan mereka yang beruntung tu bukan setakat dapat tengok, dapat makan dan juga dapat extra lagi. Kesian orang yang tak sempat nak merasa makanan yang disediakan. Makanan tak cukup, pengunjung pulak ramai.

Walaupun keadaan hujan, tapi gerai-gerai yang menyediakan makanan yang istimewa tetap mendapat sambutan. Pengunjung terpaksa berbaris untuk mendapatkan juadah yang disediakan ini. Walaupun hujan, asalkan dapat free, beratur pun tak apa. Hebatnya kita semua.

Antara beberapa gambar yang sempat dirakamkan di sana...

  

    

  

    
Terima kasih kepada kawan-kawan semua. Rupa-rupanya ramai jugak yang buat bisnes dalam diam masa sembang-sembang kat situ. Nanti kita jumpa semula di lain masa. Semoga anda dan bisnes anda semua akan terus maju.


Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.