Program Bisnes Kad MalayShops


Kenapa anda perlukan bisnes kad dari kami ?


Di MalayShops kami ingin menjadi sebahagian daripada anda. Bukan sekadar menghasilkan bisnes kad. Kami sentiasa berusaha untuk menambah nilai kepada keperluan dan kepentingan pada semua pelanggan. Membantu anda semua untuk melancarkan lagi operasi pemasaran dan jualan produk serta perkhidmatan. Itulah hasrat kami membangunkan Program Bisnes Kad MalayShops ini.

Semua orang boleh buat bisnes kad sendiri. Samada buat sendiri di rumah atau di mana-mana kedai di tempat anda. Kedai percetakan ada di mana-mana sahaja. Pelbagai design juga boleh di pilih untuk disesuaikan dengan kehendak hati dan perniagaan yang diusahakan. Tetapi apa yang membezakan bisnes kad anda dengan bisnes kad yang kami hasilkan di MalayShops ?

Antara kelebihan yang kami tawarkan untuk semua ahli VIPMember MalayShops termasuklah : 
Kami sediakan link untuk bisnes anda di ruangan  MalayShops. Sebagai contoh, http://malayshops.com/ck, http://malayshops.com/vansewa dan http://malayshops.com/tengkuiskandar. Semua bisnes kad yang kami hasilkan di  MalayShops akan diberikan link seperti ini. 

http://malayshops.com/nama_bisnes_anda

Kenapa link ini penting ? Ianya akan memudahkan bakal pelanggan anda untuk mengetahui apakah bisnes anda. Mempunyai gambaran apakah produk dan perkhidmatan yang anda boleh sediakan untuk mereka. Ianya juga boleh memudahkan anda dan bakal pelanggan untuk saling berurusan kerana anda dan bakal pelanggan seakan-akan sudah saling mengenali di antara satu sama lain.

Jangan lupa bahawa link yang ada pada bisnes kad anda itu mewakili artikel anda di dalam MalayShops. Tiada cas tambahan yang kami kenakan pada anda untuk menyediakan artikel ini. Kami hasilkan dengan PERCUMA untuk semua VIPMember kami

Dalam artikel tersebut, kami juga menyediakan ruangan pertanyaan dan pembelian untuk memudahkan bakal pelanggan anda. Bakal pelanggan mempunyai 2 kaedah untuk menghantar emel. Pertama dengan cara menyalin alamat emel yang ada dan kedua dengan cara klik pada ruangan pertanyaan dan hantarkan borang pertanyaan tersebut.

Kaedah kedua selalunya digunakan oleh bakal pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut melalui  MalayShops. Ini kerana ianya lebih memudahkan mereka dan tidak perlu login ke Yahoo atau Google untuk menghantar emel kepada kami. Selepas itu kami print-out atau emelkan pertanyaan tersebut kepada anda untuk tindakan anda selanjutnya. Tidakkah anda merasakan bahawa ianya sudah banyak memudahkan urusan anda di luar sana?

Bagaimana pula dengan anda yang tidak sempat nak sentuh komputer kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar ? Perlukah anda memberi seribu alasan untuk tidak menyertai Program Bisnes Kad MalayShops ini sekiranya ia boleh membantu meringankan masalah anda ? Apa pula alasan anda yang tidak ada laman web, blog, facebook atau laman promosi secara online ?

Secara ringkasnya, artikel anda akan merangkumi perkara-perkara yang berikut :
1.    banner kedai atau tempat perniagaan anda
2.    gambar produk atau perkhidmatan yang anda usahakan
3.    gambar aktiviti perniagaan anda di ruangan aktiviti MalayShops
4.    gambar bahagian dalaman kedai anda
5.    video yang berkenaan dengan perniagaan anda
6.    YM support
7.    Facebook support

Semua ini tiada cas tambahan buat masa ini !!!

Kepada yang berminat, boleh menghubungi talian berikut :

016 990 1905

Hantar pertanyaan
 
Sertai program pemasaran dan jualan kami di MalayShops
 
Senarai peserta


Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.