Produk Dari Sumber Gunung Merapi

Dapatkan produk-produk yang berasaskan dari bahan gunung berapi yang kaya dengan sumber mineral. Boleh membantu anda untuk meningkatkan tahap kesihatan disamping dapat merawat pelbagai masalah yang berkaitan dengan kulit.

Zeolite adalah mineral yang terbentuk dari batuan gunung berapi yang biasanya digunakan sebagai penyerap komersial. Zeolite juga digunakan dalam industri kosmetik dan makanan tambahan kerana sifat bahan mineral clinoptilolite yang mampu menyingkirkan toksik.Istilah zeolite dizahirkan pada 1756 oleh mineralogist Sweden bernama Axel Fredrik Cronstedt, dimana beliau mendapati apabila stilbite dipanaskan secara pantas, ianya menghasilkan wap air yang telah diserap oleh bahan tersebut. Berdasarkan kejadian ini, beliau memanggil bahan tersebut zeolite, yang menggabungkan bahasa Greek (zeō), yang bermaksud “mendidih” dan (lithos), bermaksud “batu”.

Zeolite adalah bahan yang sering digunakan dalam penghasilan kosmetik. Zeolite memerangkap toxin dan logam didalam badan dan menyingkirkannya dengan selamat. Zeolite juga mampu mengekalkan tahap pH badan dan memerangkap radikal bebas lalu dapat mengekalkan keremajaan kulit.
  




Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.