Kekuatan Hati Melebihi Kekuatan Pemikiran

Ramai orang yakin bahawa kekuatan fikiran yang positif boleh membantu seseorang untuk berjaya dalam kehidupannya. Memang tidak dinafikan bahawa kekuatan fikiran yang positif boleh membawa kepada kejayaan untuk mencapai apa yang diidamkan. Mereka yang selalu berfikiran positif akan membawa kepada kehidupan yang positif juga.

Namun begitu, kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah, sebaiknya menyedari bahawa bukan hanya mengandaikan kekuatan otak semata-mata. Bukan hanya mengandaikan akal dan kekuatan fikiran semata-mata. Sesungguhnya, ada kekuatan lain yang lebih hebat selain daripada kekuatan otak, akal dan fikiran. Kekuatan ini bukan sekadar memberikan manusia kejayaan yang diimpikan tetapi juga mampu memberikan manusia kemuliaan hidup. Iaitu kekuatan hati atau kekuatan hati yang positif, kekuatan hati yng jernih. Kekuatan hati ini memiliki kehebatan yang melebihi kekuatan pemikiran manusia. Kerana hati adalah rajanya, hatilah yang mengatur dan mengarahkan otak, fikiran dan panca indera manusia.

Tuhan melalui pelbagai ajaran yang di bawa oleh para nabi, maupun melalui kitab suciNYA telah mengajarkan kepada manusia untuk sentiasa mendengar suara hati. Mengajarkan manusia supaya memelihara kejernihan hati, sehingga sifat-sifat mulia yang tertanam di dalam hati dapat memancar ke permukaan. Kerana di dalam hati manusia sudah tertanam (built in) percikan sifat-sifat illahiah dari Allah. Di antara sifat-sifat mulia Allah yang tertanam dalam hati manusia adalah sifat kepedulian, kesabaran, kebersamaan, cinta dan kasih sayang, bersyukur, ikhlas, damai, kebijaksanaan, semangat dan lain-lain. Kerana itu, kekuatan hati ini sangat berkuasa untuk meraih kejayaan dan kemuliaan dalam segala bidang kehidupan.

Di dalam hati tempatnya pusat ketenangan, kedamaian, kesihatan dan kebahagiaan sejati yang hakiki. Bahkan hati merupakan cermin diri dan hidup manusia secara keseluruhannya. Di dalam hati terdapat sumber kesihatan fizikal, kekuatan mental, kecerdasan emosi serta penuntun bagi manusia meraih kemajuan secara spiritual. Hati menjadi tempat di mana sifat-sifat mulia dari Allah s.w.t. Hati adalah tempat di mana semua perkara yang terindah, terbaik, termurni dan tersuci berada di dalamnya.

Oleh itu, kekuatan hati ini sangat hebat dan membawa manusia meraih kejayaan dan kemuliaan dalam segala bidang kehidupan. Hati yang jernih akan melahirkan fikiran-fikiran yang jernih dan pada akhirnya melahirkan tindakan-tindakan mulia berdasarkan suara hati nurani. Kejernihan hati dapat menjadikan manusia mampu bertindak bijaksana, memiliki semangat positif, cerdas dan berbagai sifat-sifat mulia lainnya. Dengan hati yang jernih, kita dapat berfikir jernih dan menjalani kehidupan dengan lebih produktif, lebih semangat, lebih cekap dan lebih berkesan untuk meraih tujuan.

Hati adalah kunci hubungan manusia dengan tuhannya. Kerana hati adalah tempat bersemayamnya iman, dengannya juga kita mampu berkomunikasi dengan maha pencipta. Hati juga menjadi kunci hubungan sesama manusia. Hubungan yang diasaskan kejernihan hati dapat menjadikan hubungan yang lebih sihat, baik dan membina dengan sesiapapun. Kerana hubungan yang dilandasi kejernihan hati akan mengutamakan kasih sayang, kejujuran, kebersamaan dan saling menghormati. Hubungan dengan manusia akan terasa menyenangkan, kedamaian dan kebahagiaan. Dengan demikian akan semakin ramai orang lain yang akan memberikan sokongan bagi kejayaan kita.

Dalam mencari kejayaan, sebaiknya jangan hanya mengandaikan kekuatan otak semata-mata. Ini kerana otak atau fikiran merupakan sesuatu yang terbatas dan bersifat sementara. Berusahalah menggunakan kekuatan hati nurani, menggunakan kekuatan kejernihan hati dengan seimbang. Gunakanlah kekuatan hati yang positif kerana dialah sesungguhnya diri sejati anda. Hatilah tempat sifat mulia Allah s.w.t. bersemayam di dalam diri kita. Dengan sentiasa menggunakan kekuatan hati, mendengarkan suara hati, akan membawa manusia menjalani kehidupan dengan penuh kedamaian dan kebahagiaan. Kalau seseorang dapat merasakan kedamaian hati dan kebahagiaan hati, maka akan memiliki hidup yang penuh dengan kejayaan dan kemuliaan.

Namun begitu, berbagai godaan dalam kehidupan moden seringkali dapat mengotori kejernihan hati. Sikap egoisme, mementingkan hawa nafsu, mengikuti cita-cita untuk meraih kekuasaan dengan menghalalkan segala cara dan berbagai emosi-emosi negatif seperti amarah, dendam, benci dan iri hati dapat menjadikan kejernihan hati terbelenggu. Hati yang terbelenggu cahaya kejernihannya tidak dapat memancar ke permukaan. Inilah yang dapat melemahkan kehidupan spiritual umat manusia. Kalau dibiarkan, dapat menjadikan kita semakin sukar mendengarkan bisikan hati dan lebih mempercayai atau mengandaikan kemampuan otak serta produk-produk fikiran atau akal semata. Inilah yang akan melahirkan ketidakseimbangan antara kemampuan yang asas dengan hati nurani, sehingga melahirkan berbagai masalah dalam kehidupan.

Jadikanlah hati nurani anda sebagai pembimbing dalam setiap langkah kehidupan. Berusahalah menjaga kejernihan hati, agar rahmat dan berkah dari Allah senantiasa mengalir dan memberikan yang terindah untuk hati, perasaan dan seluruh diri kita.



Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.