Inovasikan Perkhidmatan Anda

Inovasikan Perkhidmatan Anda

Tingkatkan Perkhidmatan Anda Melalui Integrasi Dan Innovasi

Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatan yang bersifat inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidak puas hati dengan kaedah sesuatu perkhidmatan kerana anda sendiri mempunyai idea-idea yang boleh memperbaiki perkhidmatan atau produk tersebut.

Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukan pelanggan mesti bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda di depan kedai anda, anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing anda yang menggunakan pesanan melalui telefon, faks mahupun internet. Kini di zaman teknologi maklumat ramai usahawan menawarkan produk yang sama dan menerima pesanan melalui telefon, faks dan internet .

Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk mereka dan perkhidmatan mereka dengan anda, iaitu dengan membuat perhubungan pelanggan melalui berbagai cara, anda sedang menuju ke arah perniagaan yang gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan anda dengan berbagai cara dan memudahkan pelanggan, memberikan pelanggan anda berbagai-bagai pilihan dan sebab baru untuk membelinya, sememangnya mereka akan membeli.

Ke Arah Manakah Anda Tuju ?

Adakah anda mencipta, menggabungkan atau membuat perubahan menuju masa depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan anda memang ditakdirkan mengikut cara tradisi lama?

Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah semudah menggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkan tawaran perkhidmatan berintregrasi yang inovatif.

Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC) atau gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan (McDonald), telefon dengan jam, games, email (telefon bimbit) dan contoh-contoh sebegini masih banyak lagi untuk organisasi anda terokai.

Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akan mempunyai perkhidmatan yang inovatif yang berpotensi untuk lebih maju daripada perkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja !
Jangan fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelanggan mengkehendakinya. Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagu semasa berjalan kaki atau meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telah melakukannya dengan memperkenalkan Sony Walkman.

Fikirkan, apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untuk memberikan pelanggan sesuatu yang baru, istimewa dan lebih bermanafaat?

Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.