Herba dan Rawatan Tradisional

Rempah ratus adalah bahan pengawet yang mahal harganya sejak dari zaman dahulu lagi. Merupakan penawar segala penyakit. Menguat, membuang toksid dan mempercepatkan proses penyembuhan dalam rawatan kesihatan. Ini telah diakui oleh doktor dan terbukti keberkesanannya.

Walaupun berbagai jenis rawatan moden ada di pasaran tapi masih ramai wanita dan lelaki khususnya masyarakat Melayu, Cina dan India masih memilih cara tradisional nenek moyang dalam rawatan  pemulihan kesihatan supaya nampak sihat, ceria, segak, tampan, dan bergaya serta bertenaga dan muda daripada usia sebenar.

Kesihatan adalah asas penting dalam keharmonian seharian kita. Apabila usia meningkat, perubahan paling ketara ialah masalah berat badan bertambah, masalah dalaman dan luaran wanita begitu juga lelaki. Masalah akan jadi lebih rumit apabila diserang berbagai penyakit seperti urat saraf, sakit pinggang, sendi, sakit belakang, lutut, kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, angin, letih, lesu, tidak bertenaga dan berbagai lagi.

Semua perubahan tersebut seharusnya dirawat dengan teratur dan berterusan. Selain memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani. Rawatan tradisional merupakan pilihan yang paling tepat dan terbaik serta menjamin 100% kesihatan yang sebenarnya.

Aida Suri Enterprise menyediakan rawatan dalaman dan luaran dengan menggunakan herba-herba dan juga rawatan tradisional.

Rawatan Dalaman
  1. Jamu Seri Raja Urat. Membuang darah, toksin, angin uluran, merawat, melega, memulih dan juga menyembuhkan semua penyakit seperti sakit lutut, urat saraf, buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, buasir, letih, lenguh, lemah leaki dan wanita. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan selera makan, menambahkan selera makan serta awet muda. Mengandungi lebih kurang 55 jenis rempah ratus juga campuran herba-herba terpilih.
  2. Jamu Mas Ayu. Mencuci darah, membuang toksid, merawat, memulih semula kesihatan serta mempercepatkan proses penyembuhan semula penyakit terutamanya wanita dalam pantang. Sesuai untuk wanita yang ingin menjarakkan kelahiran bagi menjaga kesihatan ibu. Ibu-ibu yang telah berumur dan menghadapi masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Masalah datang bulan yang tidak menentu. Mengandungi lebih kurang 48 jenis rempas ratus juga campuran herba-herba terpilih.
  3. Jamu Lelaki Sejati. Melancarkan perjalanan darah, membuang toksid, angin uluran, merawat dan melegakan kesakitan, menambah / mengurangkan selera makan. Mengandungi 18 jenis herba-herba terpilih.
  4. Ubat Periuk Akar Kayu, Daun Misai Kucing. Mempercepatkan proses rawatan selepas melahirkan anak. Mencegah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, gout, melawaskan pembuangan air besor / kecil, membersih ginjal, membuang toksid berbahaya, melegakan kebengkakan di muka dan mata. Menentang air yang menyebabkan peningkatan berat badan, mengurangkan kebengkakan di kaki.
    Akar Semalu Gajah - Sakit kepala, malancarkan haid, mengecutkan urat saraf untuk lelaki dan wanita.
    Tongkat Ali / Pasak Bumi - merangsang pengeluaran hormon testosteron lelaki, sengal-sengal tulang, penghadaman, sakit pinggang.
    Daun Bismillah - Kencing manis, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah, cuci usus.
  5. Pecah Beling. Digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, batu karang dan kanser. Kandungan kalsium karbonat yang terdapat pada tumbuhan ini menjadikan air rebusannya sebagai alkali yang lemah serta berfungsi melancarkan pembuangan air kencing. Ia juga dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam hempedu dan buah pinggang. Seterusnya ia membuang batu karang melalui proses pembuangan air kencing. Pecah Beling juga menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Rawatan Luaran
  1. Minyak Urat Herba-herba. merupakan rawatan luaran sahaja. Merawat semua penyakit seperti salah urat, terseliuh, tergeliat, senggugut, sejuk kaki tangan, kebas kaki tangan, sakit sendi, lutut, lenguh, sakit pinggang, kanak-kanak, perempuan lepas bersalin, bengkak, luka, api, air panas dan lain-lain.
  2. Minyak Panas kayu kapur. Menyembuhkan penyakit, bisa badan, kebas kaki tangan, sakit lutut, sakit pinggang, senggugut, perempuan lepas bersalin, sejuk kaki tangan, angin.
  3. Barut Ibu / Barut Anak. Merapatkan kulit, merenggang, mengelak kembong dan masuk angin, membantu menegang, meramping, memejalkan otot-otot perut, rahim dan bahagian pinggang, mengelak kegemukan air, angin juga mempercepatkan proses pengecutan urat-urat yang bengkak selepas bersalin.
  4. Herba Pembersih Wanita. Membersih, memberi kesegaran, merapatkan bahagian intim. Mengandungi manjakani atau daun sirih.
  5. Pilis. Membantu melegakan sakit kepala, panas bahagian kepala dan muka. Mengandungi herba-herba yang menyejukkan.


Tags: , ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.