Hati-hati Bila Melabur

Sudah banyak diperkatakan tentang isu yang sebegini. Isu yang sama dengan penghujungnya pun hampir sama. Kenapa kesilapan lama diulangi kembali ?

Saya pernah terlibat dengan program yang sebegini. Pada awalnya memang la best. Mana tak bestnya. Dari duit dalam poket ada 50 sen sampai boleh jadi RM7,000 pada satu masa. Duit cash pulak tu. Itu satu hal. Satu lagi kes daripada duit kadang-kadang ada dalam poket sampai boleh ada RM21,000.00. Cash jugak. Seronok tak terkira la. Tapi, ibarat kata-kata sesetengah orang... senang dapat senang hilang.

Masa dapat duit memang seronok. Apa orang kata semua tak masuk kepala. Kita ajer yang ok. Orang lain tu biasa la. Bila susah orang kutuk. Bila senang pun orang kutuk. Apa bezanya bila kita susah atau senang di mata orang lain ? Orang hanya tau mengkritik dan mengkritik. Tapi orang yang suka mengkritik tu pun bukannya bagus sangat. Bahkan dia pun lagi teruk perangainya jika dibandingkan dengan orang yang kena kutuk tu.

Kritikan sama ada membina atau pun kritik yang tak guna, semuanya tu ada hikmahnya tersendiri. Kita perlu mengambil perhatian pada apa yang bagus sahaja sudah lah. Kalau kritik tak bagus tu jangan masuk dalam kepala otak la. Buat sakit kepala ajer. Jadi, bila orang kritik jangan cepat melatah. Cuba cari dulu apa kebaikan dan kelebihan pada idea atau perkara yang dikritik. Kalau tak ada satu pun yang bagus, tak apa la. Jangan bagi kritik orang tu masuk dalam kepala kita. Sampai sakit hati plak kat dia. Mudah ajer kan? Saya dah cuba pun. Anda cuba la tips ni.

Apa kena dengan keratan akhbar Metro kat atas tu ? Itula, nak cakap pun susah. Mana ada keje yang senang sangat dalam dunia ni. Apa pun yang kita buat semua ada risiko. Kalau guna modal kecik nak berniaga, patut-patutla kalau ada untung pun.

Kalau ada duit pelbagaikan kaedah anda menjana kewangan anda. Jangan semua letak kat satu tempat. Kalau tempat tu tak bagus ? Habis semua duit anda ! Siapa yang susah ? Anda sendiri jugak la. Aiman tak pe sebab aiman tak kisah. Begitu jugak yang berlaku tu. Mungkin dia orang ni keluarkan duit simpanan atau duit kat mana-mana supaya dapat untung lebih. Akibatnya.... tengokla kat atas tu. Hilang duit.

Kalau anda nak melabur pun, pilihlah tempat yang sesuai dengan modal anda. Paling mudah amanah saham kerajaan seperti amanah saham nasional, amanah saham bumiputera atau amanah saham wawasan. Kalau ada duit RM1,000 boleh cuba melabur kat Public Mutual. Boleh call manager Public Mutual kat no 019 921 3253. Dia dah lama kat dalam bidang ni. Banyak yang anda boleh belajar dari dia. Kawan kita yang jadi agen kat Public Mutual ni pun bermula dari susah jugak. Dari tak tau apa-apa pasal kewangan dan pelaburan. Sekarang dah cekap pasal ni. Dah boleh beli umah pun sekarang. Jadi, dari anda melabur di tempat yang tak tentu pasal, cubalah call kawan kita kat Public Mutual ni. Jangan bimbang, maklumat tu percuma ajer. Tak kena bayar pun.

Jadi, lain kali kalau nak melabur atau nak cari peluang nak buat duit pun, fikirla dulu baik-baik. Jangan mudah sangat masuk program-program. Bukan melarang cuma nak beringat ajer. Kalau dah terlambat, menyesal pun tak guna lagi.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.