Bisnes Dari Rumah Bersama Puan Mazian

Taklimat perniagaan dari rumah bersama Puan Mazian dan kawan-kawan semalam hanya di buat di rumah. Dengan mengadakan sedikit jamuan ringan, beliau telah memancing kawan-kawan untuk datang ke rumah. Rata-rata yang datang tidak terlintas untuk memikirkan rupa-rupanya ada udang di sebalik meehonnya. 
Bila dah datang, takkanlah nak balik semula. Suka tak suka kena jugak dengar apa yang tuan rumah nak cakap. Secara tidak langsung, kita semua pun duduklah sambil melayan telinga mendengar penerangan mengenai bisnes Coway. Hebat sungguh Puan Mazian kita ni.

Sesi penerangan ini dikelolakan oleh Encik Mohamad Roshidi Bin Hj Kamis selaku Health Manager di Coway. Dalam sesinya, Encik Roshidi telah berkongsi beberapa tips yang berguna kepada kawan-kawan yang ingin menceburi bidang perniagaan Coway bersama pasukannya. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui rahsia kejayaan Encik Roshidi bersama rakan-rakannya, boleh menghubungi Puan Mazian di talian 017 942 0501.



Tags: , , ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.