Rayuan Derma Surau Perumahan Balok Permai

Sejajar dengan pertambahan penduduk dan jumlah ahli jemaah. jawatankuasa surau telah sepakat dan bersetuju untuk membesarkan surau bagi keselesaan pada ahli jemaah.

Anggaran keperluan bagi membesarkan surau adalah sebanyak RM50,000 (Lima Puluh Ribu Ringgit)

Pembesaran surau ini telah dimulakan sejak sebulan lalu. Justeru itu ahli jawatankuasa surau membuka peluang kepada semua umat islam untuk sama-sama berlumba-lumba membuat kebajikan.

Surau Taman Perumahan Balok Permai merupakan surau yang aktif dengan pelbagai program. Selain kuliah maghrib dan kuliah subuh, pelbagai program seperti kem remaja, kem solat, motivasi ibu bapa dan pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan.

Antara ilmuwan dan ulamak yang telah mencurahkan ilmu di sini ialah :
  1. Ustad Hamdan Yusi, Qadi Kuantan 2010
  2. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pendakwah bebas
  3. Ustad Nasruddin Tantawi, Pendakwah bebas
  4. Ustad Suhaimi Md Saad, Pendakwah bebas
  5. Ustad Nuri Ali, Imam Muda Astro
  6. Kapten Mawardi Ismail, KAGAT Kem Batu 10
  7. Ustad Hazmi Dibuk, Pensyarah UMP
  8. Ustad Alwi Muda, SMK Bukit Goh
  9. Ustad Ahmad Kemasik, Pendakwah bebas
  10. Tuan Raja Ismail Raja Shahdan, Motivator
Dan ramai lagi ilmuan tempatan yang turut mencurahkan khidmat dengan ikhlas.

Dengan nama Allah dan seikhlas hati, saya ingin menyumbang  kepada Tabung Pembangunan Surau Balok Permai.

BIMB 06019010080341
SURAU PERUMAHAN BALOK PERMAI




Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.