Rakan Pemasaran MalayShops

Program Rakan Pemasaran di MalayShops adalah projek asas kepada keseluruhan program-program yang kami rancangkan untuk pelan pembangunan dan pengukuhan Komuniti Bisnes Orang Melayu.

Di MalayShops, Kami bukan sekadar menyediakan laman web dan blog untuk perniagaan anda. Kami melakukannya lebih daripada apa yang anda jangkakan. Keseluruhan program-program kami adalah untuk memberikan pendedahan yang semaksima mungkin mengenai produk dan perkhidmatan yang anda usahakan agar cita-cita anda untuk meluaskan operasi dan memanjangkan jangka hayat perniagaan anda menjadi satu kenyataan.

Ramai yang ingin berniaga tetapi ramai juga yang sudah gulung tikar. Berniaga tanpa pengalaman. Risikonya... habis duit, masa, tenaga dan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan. Bagi mereka yang menggunakan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan,  apa agaknya tindakan selanjut anda jika perniagaan yang diusahakan tidak berjaya ? Suka atau tidak, bank akan tetap mengejar anda. Jika ada penjamin yang terlibat, apa pula yang akan berlaku ?

Berniaga banyak risikonya. Bukan semua orang yang buat bisnes itu berjaya. Kita mungkin hanya selalu mendengar cerita kejayaan seseorang. Tetapi cerita sebenar disebalik kejayaan itu amat memeritkan untuk diceritakan. Oleh itu, sekiranya anda berniat untuk buat bisnes, buat secara sambilan terlebih dahulu. Jangan terus terjun ke dunia yang baru bagi anda. Sekurang-kurangnya, anda masih mampu berpatah balik sekiranya perniagaan anda kurang mendapat sambutan. Sekiranya anda sudah amat yakin dengan dunia perniagaan anda, teruskan usaha anda supaya ianya akan lebih sempurna di hari-hari mendatang.

Komuniti Bisnes Orang Melayu (MalayShops) ini adalah tempat kami melakukan pelbagai eksperimen mengenai perniagaan. Ianya dianggap sebagai universiti perniagaan bagi kami. Kami sentiasa melakukan post-mortem agar sentiasa dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada. Sebolehnya kami tidak ingin anda mengulangi kesilapan yang telah kami lakukan dalam perniagaan yang anda usahakan. Kami ingin memudahkan urusan anda. Memberikan khidmat nasihat berguna dan juga bantuan teknikal yang termampu kami usahakan.

Jika anda masih bekerja sama ada dengan kerajaan atau pun swasta, cubalah perniagaan yang tidak melibatkan banyak masa dan wang ringgit terlebih dahulu. Antaranya ialah sebagai ejen pinjaman peribadi, wakil takaful dan juga perniagaan multi level marketing. Walau bagaimanapun, itu sekadar cadangan untuk anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai idea untuk bertindak seterusnya. Cari pengalaman asas anda terlebih dahulu melalui kaedah yang tidak banyak menggunakan kos.

Bagaimana seseorang boleh mengakses maklumat anda di MalayShops

Pertamanya ialah melalui alamat yang kami berikan kepada anda. Sebagai contohnya bila anda klik ke http://kuantanterazo.zulbiba.com, anda akan di bawa ke laman batu nesan dan dapur kubur. Jika anda menaip http://vgmc.malayshops.com, laman bisnes emas bersama Encik Mamat akan dipaparkan. Alamat ini kami berikan kepada anda bersama 100 keping bisnes kad percuma. Alamat ini juga adalah sebagai pintu utama kepada perniagaan anda bersama kami di MalayShops.

Keduanya ialah melalui banner links pada bahagian atas laman promosi anda. Setiap kali anda dan pengunjung klik ke banner tersebut, ianya akan menuju ke laman utama rakan pemasaran MalayShops. Di sini pelbagai bisnes lain turut diperkenalkan. Secara tidak langsung anda telah membantu kedai-kedai lain untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka. Di bahagian ini, kami memaparkan 50 ikon untuk setiap mukasurat. Setiap ikon tersebut mewakili 1 bisnes yang berdaftar dengan MalayShops. Kami menyediakan 1000 ikon buat masa ini.

Ketiganya ialah melalui laman facebook.
Keempat dengan info ringkas dari http://malayshops.blogspot.com
Kelima, pengunjung terus menghubungi anda melalui no hp yang dipaparkan.
Keenam melalui yahoo messenger.
Ketujuh melalui emel yang disediakan.
Kelapan dengan adanya brosur MalayShops.

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.