Apa yang kami lakukan di MalayShops ?

 

MalayShops adalah laman untuk memperkenal dan mempromosikan produk dan perniagaan yang diusahakan oleh orang-orang Melayu. Ianya adalah satu tempat di mana kami mengumpulkan seberapa ramai peniaga-peniaga yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di dalam satu tempat.

MalayShops juga dikenali sebagai laman Komuniti Bisnes Orang Melayu. Melalui komuniti ini, kami mengharapkan agar kita semua dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain. Secara tidak langsung ianya akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama Islam di antara kita semua di samping memastikan produk dan perkhidmatan yang halal, murah, berkesan dan bermanfaat dapat disalurkan dari orang Melayu kepada orang Melayu dan Islam yang lain.

MalayShops bukan sekadar menyediakan laman web atau pun blog. Ia merangkumi pemasaran dari pelbagai disiplin dan kaedah yang ada untuk memaksimakan pendedahan produk dan perkhidmatan anda kepada masyarakat melayu di seluruh Malaysia. Secara ringkasnya, kami mengadakan promosi secara online dan offline untuk anda semua tanpa apa-apa kos tambahan. Sekiranya ada, ianya telah disubsidikan untuk anda semua. 

Pelan Pembangunan Untuk Program MalayShops

1. Pembangunan 1000 unit / outlet rakan pemasaran
  • 10 outlet di 100 lokasi yang berbeza.
  • Money Back Program
  • Product Sampling
  • Kursus kemahiran dan pembangunan kerjaya
  • Seminar kerjaya dan peluang perniagaan
  • Alat bantuan pemasaran dan jualan – bisnes kad, bunting, t-shirt
  • Tempat latihan praktikal dan bekerja sambil belajar untuk bakal graduan IPT dan lepasan SPM

2. Pengukuhan 1000 unit / outlet sedia ada
  • Projek Brosur
  • Projek booklet
  • Program peningkatan jualan untuk semua outlet
  • Jualan gudang
  • Acara tahunan
  • i.      Hari keluarga
  • ii.      Dinner
  • Kerjasama di antara semua unit / outlet yang ada
  • Lain-lain program yang bersesuaian dari semasa ke semasa
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.