Apa Nak Buat Bila Bisnes Dah Kurang Untung ?

Berniaga ada pasang surutnya. Ada hari untung. Ada hari rugi. Bisnes anda tiap-tiap hari untung ker ? Apa bisnes yang anda buat tu ? Boleh kongsikan dengan kami semua di sini ?

Saya dapat brosur produk baru setiap minggu. Kebanyakannya dari orang yang sama. Minggu lepas jumpa bagi brosur produk baru. Minggu ni bila jumpa dapat lagi brosur produk lagi baru. Apa dah jadi dengan produk baru minggu lepas ? Apa bezanya ? Mungkin jugak disebabkan harga, kuantiti, kualiti atau pelan pemasaran ? Masing-masing ada hujah tersendiri.

Buat bisnes perlu tau banyak perkara. Paling penting mesti tau banyak hal pasal product knowledge. Kalau tak tau, cari la maklumat kat mana-mana. Baca dan faham. Bila kita dah faham, senang nak citer pada orang lain. Terutamanya kawan-kawan yang rapat dengan kita. Kalau kita tak faham sangat pasal produk yang kita jual, susahla nak jual barang.

Apa yang anda akan buat bila bisnes dah kurang untung ? Satu cara yang anda boleh buat ialah dengan mengadakan post mortem mengenai bisnes anda. Ianya boleh membantu anda mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan bisnes anda. Apa yang anda perlu lakukan dan tak patut lakukan. Cari kelemahan yang ada dan cuba perbaiki kelemahan itu agar ianya tidak diulangi.

Apakah keistimewaan bisnes anda atau produk anda berbanding dengan pesaing yang ada. Mungkin harga anda sedikit mahal dari syarikat lain. Tetapi harga bukanlah satu penghalang utama. Sekiranya harga itu tinggi, fikirkan apakah kehebatan produk anda. Ramuan di dalamnya, kesannya serta pengalaman pengguna-pengguna yang telah pernah mencuba produk anda. Apa kata mereka semua ? Jadikan testimoni mereka sebagai satu sales tools untuk memajukan lagi produk anda itu. Videokan testimoni agar senang untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan mereka yang ada potensi sebagai pelanggan produk anda.

Faktor harga selalunya menjadi penghalang utama kepada mereka yang tidak yakin dengan produk anda. Cara yang mudah untuk meyakinkan mereka ialah dengan menjual pek percubaan terlebih dahulu. Bila mereka sudah mencuba, mereka akan tau sendiri kesan dan keserasian produk itu dengan diri mereka. Kalau ok, sudah tentu mereka akan datang kembali. Sama ada cepat atau lambat, selalunya jika produk itu berkesan kepada seseorang, anda akan dapat repeat sale. Sekarang anda sudah ada pelanggan tetap. Bagusla tu.

Teruskan usaha anda. Sekiranya susah nak jual dengan harga biasa, pecahkan menjadi pek percubaan. Ianya lebih mudah untuk dijual. Ramai yang mampu membeli. Tapi, jual dengan harga tunai. Baru la ada untungnya.

Selamat mencuba.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.