Rawatan Alternatif Kaedah Kinesiology

Kinesiology adalah salah satu dari pelbagai kaedah rawatan alternatif yang ada pada hari ini. Antara kaedah-kaedah lain termasuklah bekam, iridology, rawatan ozon dan juga akupuntur.

Kinesiology tidak memerlukan alat-alat yang canggih dan mahal. Ianya adalah gabungan prinsip-prinsip perubatan Cina dengan sistem pengujian otot untuk mencari ketidakseimbangan yang ada dalam tubuh badan seseorang. Prinsip asas  Kinesiology  adalah bahawa tubuh manusia memiliki kemampuan untuk menyembuhkan dirinya sendiri dan membantu tubuh untuk melakukan hal ini dengan mengenalpasti dan kemudiannya melepaskan halangan dalam sistem tenaga tubuh tersebut.

Ketidaklancaran aliran tenaga dalam badan boleh mempengaruhi bukan hanya otot tetapi setiap bahagian yang ada dalam tubuh seseorang. Kinesiology adalah merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti gangguan aliran tenaga yang ada dalam badan.

MalayShops.com juga menyediakan kursus-kursus kemahiran yang berkaitan dengan Kinesiology kepada mereka yang ingin mendalaminya. Kursus Kinesiology ini akan dikendalikan oleh Dr. S Noor di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan produk kesihatan amat digalakkan untuk mengikuti kursus sebegini. Ini kerana ianya akan memudahkan anda untuk memberikan khidmat nasihat dan juga produk bersesuaian dengan masalah pelanggan anda. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kinesiology, sila lawati http://kinesiology.zulbiba.com.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.