MalayShops ~ Komuniti Bisnes Orang Melayu


Suasana perniagaan hari ini semakin mencabar. Pelbagai kaedah pemasaran dan jualan digunakan untuk mengekalkan pelanggan sedia ada serta mendahului pesaing.

Kemudahan internet yang semakin meluas menjadikan dunia perniagaan semakin mudah, menjimatkan masa, cekap dan juga mengurangkan kos-kos pengurusan yang tidak perlu. Dengan kata lain, keuntungan bertambah tetapi perbelanjaan telah dikurangkan.

Mempunyai laman blog, web, facebook dan pelbagai laman sosial adalah satu kebiasaan pada hari ini. Hampir semua peniaga sama ada yang baru bermula atau yang sudah lama berniaga menjadikan kemudahan ini sebagai satu tempat untuk mencari pelanggan baru bagi produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Bagaimana pula dengan mereka yang tiada pengalaman di bidang ini? Mereka akan ketinggalan dari segi promosi dan pemasaran yang dilakukan. Ini kerana ruang perniagaan mereka agak terbatas tanpa adanya web, blog dan juga facebook ini.

Oleh itu, MalayShops mengambil peluang ini untuk menyediakan kemudahan untuk membuat dan menyelenggarakan laman blog dan juga web kepada mereka yang berminat.

Kami akan berusaha untuk memberikan anda semua ruang pemasaran yang lebih meluas di seluruh Malaysia agar kita semua akan lebih maju beberapa langkah ke hadapan dalam perniagaan yang diusahakan.

Kami juga telah menyediakan beberapa strategi jangka panjang agar semua pelanggan kami di MalayShops dapat saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Kunjungi kami di Komuniti Bisnes Orang Melayu dan jadi sebahagian daripada komuniti kami hari ini.

Selamat berniaga dari MalayShops. 
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.