Promosi Offline Kami Baru Bermula

Alhamdulilah. Semua berjalan dengan lancar. MalayShops kini telah selangkah lagi ke hadapan. Memenuhi hasrat mereka yang tidak menggemari dunia komputer dan internet tetapi lebih meminati dunia pengiklanan di alam nyata.

Seperti yang telah dirancangkan, maklumat mengenai produk dan perkhidmatan rakan-rakan di MalayShops kini telah diperluaskan ke pelbagai kaedah pemasaran yang ada. Program pemasaran offline ini telah dijayakan oleh En Shukor (minyak rambut tradisional), Puan Naqiyah (driving school), Puan Noraziha dan Encik Khodam (usahawan Gano Excel), Encik Hanapi Osman (Pengurus Unit Etiqa Takaful), Encik Remy dan Puan Wanie (usahawan produk EVO) dan Puan Fadilah Mahmud (kedai dobi Dieela Laundry).

Flyer / Brosur ini memaparkan 6 produk yang berlainan dari 6 usahawan yang berlainan yang terdapat di dalam MalayShops. Keistimewaan untuk keluaran sulung ini termasuklah :
  1. PERCUMA 1 peket Tepung Rangup Serbaguna keluaran ZMS dengan setiap pembelian produk Tunggal Hair Tonic.
  2. KOMISEN JUALAN untuk semua yang telah membantu memperkenal dan mempromosi produk Tunggal Hair Tonic sehingga pelanggan bersetuju membeli sekurang-kurangnya sebotol Tunggal Hair Tonic. Komisen jualan dibayar dalam masa 24 jam apabila pembayaran diserahkan kepada pengurusan MalayShops.

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.