5 Sumber Makanan Untuk Mengurangkan Masalah Sendi



Masalah sakit sendi bukan hanya boleh dicegah dengan  melakukan kegiatan olahraga dan mengamalkan ubat-ubatan sahaja. Terdapat juga makanan-makanan tertentu yang boleh diamalkan untuk membantu mencegah penyakit sendi. Anda perlu berusaha untuk mengatasinya secara perubatan atau mengurangkan berat badan. Kekalkan berat badan yang ideal dan jaga pemakanan anda.

Antara makanan-makanan yang boleh diamalkan untuk mencegah masalah sakit sendi termasuklah :
  1. Strawberi - Buah ini baik kerana ia kaya dengan vitamin C. Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, vitamin C boleh mencegah perkembangan sakit sendi dan penipisan tulang rawan. Sumber vitamin C yang lain termasuklah buah oren dan paprika merah.
  2. Minyak zaitun - Kandungan polifenol yang terdapat di dalam minyak zaitun boleh membantu mengurangkan peradangan di dalam tubuh.
  3. Ikan salmon - Ikan salmon adalah sumber vitamin D dan omega 3. Banyakkanlah mengambil vitamin D untuk membantu meredakan rasa sakit sendi. Omega 3 pula diyakini baik untuk kesihatan tubuh kerana sifat anti-inflamasinya.
  4. Teh hijau - Minuman ini mengandungi zat antioksidan yang dikenali sebagai katecin yang mampu melambatkan kerosakan tulang rawan pada pengidap arthritis.
  5. Sayuran hijau - Perbanyakkan makanan sayuran hijau di dalam menu seharian anda. Ianya baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan. sayuran hijau kaya dengan vitamin K iaitu nutrisi yang dinilai mampu mencegah osteoarthritis.
Cuba elakkan makanan ini :

Minyak jagung - Lemak dalam minyak jagung atau minyak bunga matahari serta soya mengandungi banyak omega 6. Walaupun lemak ini sebenarnya tidak membahayakan tubuh, tetapi menurut kajian mendapati ketidakseimbangan antara omega 6 dan omega 3 boleh menyebabkan peradangan.

Roti putih - Berbanding roti putih, amalkanlah memakan roti gandum. Roti gandum akan memberikan 2 faedah kepada anda iaitu sebaga pereda radang dan serat yang terdapat di dalamnya boleh mengawal berat badan juga.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.