Masalah botak


MASALAH rambut gugur sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Sama ada anda percaya atau tidak, lebih  dari 10 juta penduduk di dunia mengalami masalah keguguran rambut. Sebab itu rawatan untuk masalah botak sudah menjadi umpama industri yang sedang berkembang dengan pesat sekarang ini.

Terdapat pelbagai tawaran yang ada di pasaran untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Begitu juga dengan penghasilan pelbagai produk di pasaran. Namun hasilnya belum dapat dipastikan.

Seorang wanita pernah mengadu berbelanja hampir RM10,000 untuk merangsang pertumbuhan rambutnya. Tetapi usahanya itu sia-sia. Sehingga sekarang dia masih mengalami masalah keguguran rambut malah sebahagian daripada kepalanya kini sudah hampir botak.

Apakah yang menyebabkan keguguran rambut ?

Genetik, hormon, persekitaran, tekanan, diet yang tidak seimbang dan aktiviti harian boleh menjadi punca rambut gugur. Penyelesaian biasa adalah dengan mengambil vitamin seperti riboflavin (B2), niacin (B3), biotin dan zink. Malah, senaman juga membantu merangsang pertumbuhan rambut. Namun masalah keguguran rambut tidak mudah diselesaikan dengan mengambil vitamin atau membeli syampu yang pelbagai di pasaran.

Menurut Dr. Nurhalina Azly Minhat, bagi individu bermasalah, rambut baru yang tumbuh selalunya nipis dan tidak tahan lama seperti rambut bayi. Sebab itu, peringkat pertama menyaksikan rambut tumbuh tetapi kemudiannya gugur semula. Keadaan itu juga disebabkan kulit kepala yang tidak sihat.

Kekurangan hormon yang menyebabkan keguguran rambut (DHT) bagi lelaki dan ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita menyebabkan folikel menghasilkan anak rambut yang nipis.

``Begitu juga masalah pengaliran darah ke folikel yang berkurangan menyumbang kepada keguguran rambut,’’ kata pemilik Timeless Anti-Aging & Skin Rejuvenation Clinic itu.

Selain pusat rawatan dan lambakan produk untuk rambut sihat, teknologi turut menawarkan kaedah terkini bagi mengatasi masalah keguguran rambut.

Apatah lagi perkembangan rawatan menggunakan laser yang begitu pesat tidak mengetepikan ciptaan untuk merangsang pertumbuhan rambut di kalangan individu bermasalah.

Kini dengan hanya serendah RM16.20, anda juga mampu untuk merawat masalah rambut anda yang rosak. Tunggal Hair Tonic diadun dari pelbagai jenis herba terpilih telah membantu mereka yang mengamalkannya. Cubalah hari ini untuk melihat keberkesanannya. Ekslusif di MalayShops.


Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.