Kesihatan Oral : Halitosis (Nafas Berbau)

Nafas berbau atau halitosis merupakan masalah yang biasa dihadapi tapi tidak semua orang sedar yang mereka sedang menghadapi masalah tersebut.

Lazimnya mereka yang sedang menghadapi masalah nafas berbau ini akan kurang yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang yang menghadapi masalah halitosis memerlukan perhatian profesional bagi menyelesaikan masalah ini.

Menurut The British Dental Association, seseorang yang mengalami halitosis adalah disebabkan oleh aktiviti bakteria yang terkumpul di dalam mulut.

Apakah punca halitosis dan bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini ?

Punca Masalah Nafas Berbau
  1. Makanan yang kita makan seperti bawang merah dan bawang putih akan mempengaruhi bau nafas.

  2. Penyakit gusi (penyakit periodontal). Disebabkan oleh bakteria yang terkumpul pada gigi. Bakteria membentuk toksin yang akan menyakitkan gusi.

  3. Mulut kering (xerostomia). Disebabkan oleh kandungan air liur yang berkurangan di dalam mulut. Air liur amat penting untuk mencuci dan membuang sisa-sisa makanan yang boleh mengakibatkan masalah mulut berbau. Ia juga disebabkan loeh pelbagai ubat, masalah kelenjar air liur atau pernafasan berterusan melalui mulut.

  4. Produk tembakau boleh menyebabkan mulut berbau, gigi berwarna kuning, mengurangkan sifat sensitif deria rasa dan merosakkan tisu gusi. Bagi mereka yang menggunakan produk tembakau, kebarangkalian untuk mereka mengalami masalah penyakit gusi dan kanser oral adalah tinggi.

  5. Masalah kesihatan seperti jangkitan pada salur pernafasan (nose throat, windpipe, lungs), penyakit sinus yang kronik, postnatal drip, penyakit bronkitis yang kronik, kencing manis, gangguan gastrointestinal, hati atau penyakit buah pinggang.

  6. Gigi palsu yang sentiasa digunakan sepanjang masa tanpa ditanggalkan untuk dibersihkan.
Cara Mengatasi :
  1. Gigi palsu hendaklah sentiasa dibersihkan.

  2. Gunakan ubat gigi berflorida, ubat kumur mulut berflorida dan flos gigi untuk mengatasi masalah ini.

  3. Minum banyak air untuk mengelakkan masalah mulut kering (xerostomia).

  4. Gosok gigi anda selepas makan ikan dan daging, minum produk susu.

  5. Gosok gigi, gusi dan lidah anda dengan betul bagi mendapatkan keputusan yang optimum.

  6. Makan sayur-sayuran yang segar dan lebih serat.

  7. Luangkan masa untuk berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

  8. Elakkan daripada merokok (produk tembakau)

Kaedah Alternatif :

Cuba anda tuangkan sedikit Skin Refresh ke dalam gelas dan campurkan dengan air suam. Berkumur 2 atau 3 kali. Insya Allah bau mulut anda akan berkurangan.



Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.