6 tip ke arah kehidupan seks yang sihat

Lebih dari 50 peratus lelaki di Amerika Syarikat berusia antara usia 40 dan 70 mengalami atau akan mengalami masalah seksual kronik termasuk ejakulasi awal, impotensi, dan hilang hasrat seksual. Demikian kata Dr. Irwin Goldstein pakar urologi di Boston University School of Medicine.

Situasi yang sama juga mungkin berlaku kepada golongan lelaki di negara kita. Ia kerana masalah seksual ini timbul atau dirumitkan oleh penyakit-penyakit seperti diabetis atau penyakit jantung yang turut dihadapi oleh ramai lelaki di Malaysia.

Namun menurut doktor kebanyakan antara kita mampu menghindar gangguan-gangguan seksual ini dan meningkatkan peluang untuk menjalani kehidupan seks yang lebih mengghairahkan apabila mengikuti panduan-panduan berikut :

1. Berhenti merokok 

Mengikut kajian kesan merokok sangat buruk bagi aspek seks seorang lelaki. Alat kelamin lelaki memerlukan aliran darah yang lancar agar dapat bekerja dengan baik. Merokok menyebabkan penyempitan pembuluh-pembuluh darah dalam penis dan lama-kelamaan akan membuat ereksi tidak begitu kuat dan tidak tahan lama. Jadi, sekiranya anda masih 'perkasa' pada usia 40 tahun dan ingin tetap dalam keadaan demikian, berhentilah merokok mulai sekarang.

2. Jauhi alkohol

Alkohol terutama jika diambil berlebihan akan menyebabkan seseorang itu hilang kemampuan untuk mendapatkan orgasma atau yang paling buruk, akhirnya menghiangkan kemampuan untuk mendapatkan ereksi. Alkohol juga dapat menyebabkan perubahan-perubahan hormon yang akan menurunkan ghairah seksual.

3. Minta informasi tentang ubat yang diambil

Banyak ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi reaksi seksual. Ubat untuk tekanan darah tinggi, antidepresi seperti fluoksetin hidroklorida (Prozac) dan litium, steroid, beta-blocker adalah beberapa di antara ratusan ubat yang  boleh menghilangkan keperkasaan lelaki. Sekiranya anda merasakan ubat yang diambil mengganggu kehidupan seksual, tanya kepada doktor sama ada ubat itu dapat diganti atau dosnya dikurangkan.

4. Elak terkejar-kejar


Bila anda selalu sibuk ke sana ke mari dan bekerja lebih dari 50 jam seminggu, anda dengan mudah akan mendapatkan masalah seksual. Oleh itu anda harus mengubah rutin hidup yang selalu tekejar-kejar ini dan belajar untuk relaks bagi menurunkan stress. Sediakan juga lebih banyak waktu untuk diri sendiri kerana ia akan memperbaiki fungsi seksual anda. Carilah cara untuk bersantai contohnya berjalan-jalan sekeliling tempat tinggal atau mengusap binatang peliharaan sebelum tidur.

5. Hindari seks jika letih

Hindari seks sekiranya anda dalam keadaan letih. Jika anda meneruskannya anda mungkin hanya mendapat kekecewaan. Anda sudah bekerja sepanjang hari dan sisa-sisa tenaga yang ada digunakan untuk melakukan seks, sudah tentu hasilnya tidak memuaskan. Oleh itu dianjurkan supaya anda menyisihkan waktu untuk seks. ia akan memberi kenikmatan yang lebih meskipun ada antara anda yang menyukai seks secara spontan.

6. Hadapi dengan santai

Biar betapa perkasa sekalipun sesetengah lelaki di ranjang pasti pernah mengalami kekecewaan seksual. Namun agar kekecewaan itu tidak berlanjutan jangan memikirkan perkara tersebut secara berlebihan. Jika ia dilakukan maka gangguan seks mungkin akan menjadi makin kronik. Hadapilah perkara tersebut dengan santai dan lumrah dalam perhubungan.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.