Mengenai kami

Bagaimana kami bermula

Kami merupakan kumpulan peniaga-peniaga yang terdiri dari berlainan latarbelakang perniagaan. Masing-masing dengan dunia perniagaan tersendiri sebelum ini. Tiada sebab untuk kami bekerjasama kerana tiada apa untuk dikongsikan di antara kami. Ini kerana jenis perniagaan kami tidak langsung berkait di antara satu sama lain. Maka, tiada apa yang nak dikongsikan di antara kami.

Tetapi satu pertemuan di kedai kopi telah mencetuskan satu idea di mana walaupun kami langsung tiada kaitan dari segi dunia perniagaan di antara satu sama lain, kami semua sebenarnya mempunyai persamaan dari segi beberapa perkara berikut iaitu :
  1. Kami semua bukan berniaga sambilan. Masing-masing menjadikan dunia perniagaan ini sebagai sumber utama pendapatan untuk keluarga dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami.
  2. Kami semua adalah peniaga-peniaga melayu yang telah melalui pelbagai pahit manis dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan masing-masing. Semua pengalaman ini tidak jauh bezanya di antara kami semua.
  3. Apa jua perniagaan kami, secara tidak langsung adakalanya kami secara tanpa disedari berkongsi pelanggan dan pengguna yang sama. Tetapi disebabkan kami hanya mementingkan diri masing-masing, kami terlepas pandang keuntungan yang mungkin dapat dikongsikan di antara kami sekiranya kami semua bekerjasama di antara satu sama lain.
Disebabkan beberapa perkara di atas, maka kami semua bersepakat untuk membentuk satu komuniti yang lebih besar di kalangan semua peniaga-peniaga Melayu agar dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan dan juga khidmat nasihat dalam pelbagai bidang perniagaan.

Secara tidak langsung kami juga dapat mengeratkan tali silaturahim di kalangan semua peniaga-peniaga Melayu yang menyertai kami.

Matlamat Program
  1. Untuk mewujudkan satu komuniti yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil dan kurang bimbingan serta pengetahuan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Melayu.
  2. Untuk membantu memperkenal dan mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan secara online dan juga offline.
  3. Untuk menyemai konsep bekerjasama di antara satu sama dan bantu membantu di antara satu sama lain
  4. Menggalakkan amalan bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan supaya rezeki dan pendapatan yang dinikmati akan lebih diberkati oleh Allah s.w.t
  5. Mewujudkan satu peluang niaga yang boleh dikongsikan bersama.

Perancangan Aktiviti

Jangkamasa pendek
  1. Menarik penyertaan 100 orang peniaga Melayu untuk mempunyai blog / web sendiri
  2. Menyediakan minima 20 000 keping bisnes kad percuma untuk peserta baru
  3. Mengadakan preview Komuniti Malay Shops untuk menarik penyertaan peniaga Melayu yang baru
Jangkamasa pertengahan
  1. Menyediakan kursus-kursus yang berkaitan untuk membantu peniaga-peniaga meningkatkan ilmu pengetahuan dan kecekapan di bidang perniagaan
  2. Mengadakan majlis pertemuan bulanan untuk mengeratkan perhubungan
  3. Merancakkan lagi aktiviti yang boleh menjana pendapatan untuk semua peniaga dalam komuniti
Jangkamasa panjang
  1. Membina komuniti peniaga-peniaga Melayu secara online dan offline dari semua negeri di Malaysia
  2. Mewujudkan satu direktori komuniti peniaga-peniaga melayu
  3. Mewujudkan rangkaian pembelian secara borong untuk semua ahli
  4. Memastikan semua peniaga mempunyai komputer sendiri dan menggunakan kemudahan online untuk memudahkan urusan perniagaan
  5. Majlis ramah mesra tahunan untuk mengeratkan perhubungan dan lebih saling mengenali
  6. Meningkatkan aktiviti pemasaran dan jualan
  7. Mewujudkan satu peluang niaga yang boleh membawa keuntungan dan faedah kepada semua peniaga
        Tags:

        Perihal pemilik blog

        Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.