Kenapa anda buat bisnes melalui internet ?

Saya seperti anda juga. Sering bertanya kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan rapat. Kenapa kita perlu belajar membuat perniagaan internet ? Adakah ianya betul - betul berjaya dan menguntungkan ? Mana satu yang betul dan boleh dipercayai. Rata-rata orang bercakap tentang internet. Bisnes internet mudah. Tapi betul ke terlalu mudah untuk dipraktikkan ? 

Saya memulakan bisnes ini lebih dari 4 tahun lepas. Ianya bermula secara tidak sengaja. Bermula dari hobi sehinggalah sekarang sudah menjadi seperti satu kerjaya. Saya tidak mempunyai asas komputer langsung sewaktu bermula. Memang susah pada mulanya kerana saya tidak tau apa-apa. Apa yang orang cakap, saya terima aje.

Saya adalah seperti anda juga. Merasakan perkara ini susah nak buat. Malas nak belajar. Namun, lama kelamaan saya tidak dapat menolak hakikat bahawa saya mesti belajar juga. Saya mesti menguasai ilmu perniagaan internet juga. Ianya akan menjadi satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu hobi yang ingin dilakukan.

Jika saya tidak melakukan bisnes di internet, apa lagi bisnes yang boleh saya buat ? Dengan kewangan yang serba kekurangan, kenderaan pun kadang-kadang ada, susah untuk saya nak pergi ke sesuatu tempat berjumpa dengan prospek. Jadi dengan keada  yang serba kekurangan itu, saya terpaksa belajar untuk menjalankan perniagaan dari komputer saya. Dari tak tau nak cari prospek, dah pandai skit. Lepas tu baru boleh bercerita tentang bisnes kita pada mereka. Itupun selalu aje gagal. Dah lama-lama tu, alhamdulilah. Dah banyak belajar katakan. Jadi, susah atau senang kena jugak belajar. Kalau dah lama-lama tu makin pandai la.

Sekarang saya dah mampu buat laman web sendiri. Tapi bukan setakat buat, saya juga boleh buatkan juga untuk orang lain. Tapi dengan syarat ada upah skit la. Kalau buat tak de upah langsung tu penat. Jadi kepada anda yang rasa susah nak buat bisnes kat internet, kena la belajar. itu aje caranya. Semoga anda semua cepat pandai. 

P/s : Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian... bersakit-sakit dahulu, bersenang lenang kemudian.
Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.