Apa yang anda cari dalam kehidupan seharian anda ?

Apa yang anda kejar dalam kehidupan seharian anda ? Adakah kehidupan anda hanya memikirkan keuntungan setiap hari ? Kalau untung, takkan tak ada kerugian langsung. Bagaimana pula dengan masa dan wang yang dihabiskan untuk mencapai cita-cita anda ? Berbaloi ?

Matlamat hidup kita semuanya berbeza-beza. Ada yang memikirkan dunia sahaja. Ada yang memikirkan akhirat sahaja. Dunia dan akhirat seharusnya diseimbangkan. Tetapi bagaimana kita nak melakukannya supaya kehidupan dunia dan akhirat kita seimbang?

Rukun Islam 5 perkara.... Mengucap dua kalimah shahadah, sembahyang, puasa, zakat dan menunaikan haji (jika mampu).

Rukun Islam yang pertama... mengucap dua kalimah shahadah. Ini bermakna kita telah mengakui bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan kita juga mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ianya adalah berkaitan dengan hal akhirat. Manakala selebihnya adalah berkaitan dengan hal keduniaan. Dari 5 perkara yang terdapat di dalam rukun islam, hanya 1 sahaja untuk akhirat dan 4 lagi adalah berkaitan dengan keduniaan.

Kenapa 4 perkara itu berkaitan dengan hal keduniaan? Sembahyang... memerlukan kita untuk menutup aurat. Dengan kata lain kita memerlukan kain. Kain itu pula mestilah di beli dengan wang ringgit. Jadi, kalau kita tidak mempunyai duit, bagaimana kita mampu untuk menutup aurat? Ini memerlukan kita berusaha mencari rezeki agar mempunyai duit dan membeli serta memiliki pakaian yang sesuai untuk menutup aurat.

Puasa... melatih kita untuk memahami bagaimana keadaan mereka yang hidup dalam serba kekurangan. Kekurangan wang ringgit serta harta benda. Di syaratkan kita melewatkan bersahur dan mensegerakan waktu berbuka. Puasa juga membantu kita menjaga kesihatan. Bagaimana nikmatnya waktu berbuka setelah seharian berpuasa. Juga memerlukan kita berusaha untuk menyediakan makanan pada waktu berbuka. Bagaimana nak berbuka sekiranya duit tak ada?

Zakat... Ianya adalah amalan yang sepatutnya boleh mengeratkan tali persaudaraan di antara orang yang berada dengan orang miskin. Zakat hanya dikenakan kepada mereka yang layak. Jadi, bagaimana untuk memberikan sumbangan dan derma serta zakat sekiranya kita tidak mempunyai pendapatan yang berlebihan ? Islam menggalakkan kita supaya sentiasa berusaha.

Menunaikan haji hanyalah kepada mereka yang termampu dari segi kesihatan dan juga kewangan. Perlu diselesaikan terlebih dahulu segala hutang piutang sekiranya ada.

Jadi, dalam rukun islam yang 5 pun nampaknya hanya 1 untuk akhirat dan 4 lagi perlu dilakukan di dunia ini. Oleh itu, berusahalah dengan tekun agar segala rezeki yang kita perolehi itu mendapat berkat. Ini kerana rezeki yang sedikit dan berkat adalah lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati oleh Allah s.w.t.

Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.