Bagaimana Nak Sihat Dan Cantik ?

Selama ini kita disogokkan oleh pendapat bahawa senaman baik untuk kesihatan. Namun begitu, ada laporan yang dikeluarkan oleh pakar dermatologi (pakar kulit) daripada Amerika Syarikat Dr. Peter Pugllese, berbeza pula. Penulis buku perubatan Advance Professional Skincare menyebut terlalu banyak bersenam menyebabkan seseorang itu akan pendek umur dan cepat tua.

Apabila seseorang itu banyak melakukan senaman, mereka akan mengambil kandungan oksigen yang berlebihan di dalam badan. Di samping itu, kita turut menyedut bahan-bahan kotoran seperti pencemaran udara. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa jogging tidak digalakkan. Sebaliknya amalkan beberapa petua yang disyorkan ini untuk mengelakkan cepat tua dan sentiasa sihat.

1. Bersenam sekadarnya.
Bersenam jangan keterlaluan. Sebaliknya banyakkan membuat kegiatan yang boleh menggerakkan keseluruhan anggota badan. Jika tidak bergerak langsung badan akan jadi sembab dan lembab.

2. Diet rendah lemak.
Makin banyak anda makan, makin banyak bahan yang tidak perlu masuk ke dalam tubuh. Oleh kerana itu, kurangkan makan serta makanan yang mengandungi lemak dan gula.

3. Vitamin dan mineral.
Ambil anti-oksidan vitamin E dan C dua kali sehari serta kalsium, magnesium dan selenium.

4. Jaga kulit.
Berhati-hati apabila mencuci muka dengan sabun, kerana apa sahaja bahan yang anda guna akan meresap ke dalam kulit. Sebab itulah mengapa orang yang sensitif kulitnya tidak digalakkan menggunakan sabun biasa.

5. Jangan tidur lewat.
Setiap orang memerlukan tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Tidur lewat, minuman keras dan merokok merupakan petua yang baik untuk kelihatan cepat tua.

6. Hapuskan ketegangan.
Ketegangan perasaan menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Amalkan hidup riang dan cergas.

7. Jangan banyak berjemur.
Agar kulit tidak cepat rosak, elakkan daripada terlalu banyak berjemur di tengah panas.

Di samping itu anda perlu juga mengetahui kebaikan dan keburukan terhadap apa yang ada di sekeliling anda bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cantik.






Aroma coklat segarkan otak
Siapa yang tidak sukakan coklat ? Melihat iklan coklat sudah cukup memecahkan selera. Kajian yang dibuat oleh Dr. Nell Martin daripada Persatuan Psikologi Britain mendapati aroma daripada bau coklat memberi kesan yang menyamankan kepada otak manusia. Katanya, minda seseorang itu lebih releks selepas menghidu bau coklat.

Merokok punca kulit berkedut
Kajian yang dibuat ke atas kulit perokok menunjukkan kulit mereka boleh menjadi lebih nipis sebanyak 25% hingga 40% berbanding dengan bukan perokok. Apabila seseorang itu merokok ia melepaskan enzim ke dalam badan. Enzim ini akan memecahkan kolagen dan tisu yang anjal di samping menyekat bekalan darah kepada kulit lantas membuatnya tipis, cepat berkedut dan kelihatan lesu.

Anggur cegah kanser
Ramai orang sukakan buah anggur. Meskipun mahal namun ramai masih sanggup membelinya. Menurut kajian pakar sains, bahagian luar kulit anggur mengandungi bahan kimia yang boleh mencegah kanser.

Kebaikan kacang soya.
Ada banyak makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu, air minuman, tempe, fucuk, taufufa dan laun-lain. Secara umum, memang diketahui makanan berasaskan kacang soya mempunyai kandungan protein yang baik untuk kesihatan. Kajian menunjukkan makanan ini boleh membantu mencegah osteoporosis (kerapuhan tulang) semasa menopaus. Minum tiga gelas air kacang soya dan makan taufufa sekali sehari, boleh menurunkan kadar kolesterol darah yang berbahaya sebanyak 11%. Hormon semulajadi tumbuhan, phytoestrogen yang terdapat dalam kacang saya juga di dapati membantu merangang pertumbuhan tulang.

Zat besi pulih ingatan
Gadis belasan tahun boleh meningkatkan ingatan mereka dengan mengambil pemakanan tambahan zat besi, demikian menurut kajian yang dikeluarkan di Britain. Para penyelidik berkata, sekumpulan gadis yang kekurangan zat besi didapati bertambah mahir dalam pembelajaran mereka setelah diberi dengan pemakanan tambahan tersebut.



Bagaimana kaedah yang lebih mudah untuk kekal sihat ? Amalkan EVO-5 setiap hari. Kini dengan HANYA RM180, kami berikan anda 30 peket produk EVO-5. Daftar segera dengan kami di sini dan kami hantarkan secara PERCUMA ke alamat rumah anda walau di mana jua anda berada.


Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.