Rancang dulu apa nak buat sebelum bermula

Melakukan perancangan sebelum melakukan sesuatu perkara amatlah perlu. Ianya adalah untuk mengelakkan kita melakukan kesilapan dan kesalahan yang boleh kita elakkan. Tidak semestinya sesuatu perancangan itu perlu dilakukan dengan terlalu terperinci. Asalkan anda tahu, apa yang perlu dilakukan dan bagaimana anda hendak bermula. Itu juga sudah menjadi sebahagian daripada perancangan.

Cuba anda bayangkan sekiranya tukang rumah ingin membina rumah idaman anda tanpa adanya perancangan atau pelan rumah anda ? Rumah anda mungkin siap tapi ianya tidaklah sempurna mengikut citarasa anda sepenuhnya. Ini kerana apa yang ada di dalam kepala anda tidak dijelmakan kepada lukisan yang memudahkan tukang rumah untuk memahaminya. Maka secara tidak langsung maklumat atau idea anda tidak disampaikan dengan baik kepada tukang tersebut. Oleh itu tukang tersebut hanya melakukan apa yang dia faham. Itu yang kita sering dengar.... 'rumah siap pahat berbunyi'.

Perancangan yang baik sekurang-kurangnya dapat membantu anda menjimatkan masa untuk menyiapkan sesuatu urusan. Ianya juga menjadikan anda lebih fokus kepada sesuatu perkara yang handak dilakukan.

Bertanyalah kepada mereka yang lebih mahir mengenai sesuatu perkara. Sebagai contohnya, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan kedai makan sama ada warung atau pun restoran, bertanyalah kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan warung atau restoran. Jangan terlalu berkira bila anda hendak meminta khidmat nasihat dari mereka. Korbankan sedikit belanja anda bila ingin mengorek rahsia mereka. Mereka juga sama seperti orang lain, ingin rasa dihargai dan dihormati. Berbaik dengan mereka dan jadikan mereka sebagai mentor anda.

Adakah anda melakukan perancangan setiap hari sebelum keluar dari rumah? Catatkan pada sehelai kertas apa yang anda ingin lakukan sebelum keluar dari rumah. Ia menjadikan anda lebih fokus dan menjimatkan masa.
Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.