Makan Malam EVO Di Kuala Terengganu

Salam usahawan kepada semua usahawan EVO yang telah menghadiri majlis makan malam dan perkongsian testimoni semasa di Kuala Terengganu pada 03hb Jun 2011.

Pada majlis tersebut, pihak syarikat telah berbesar hati dengan memberikan diskaun yang terlalu tinggi untuk 200 pembeli pertama produk evo. Dengan hanya RM100, anda mendapat 3 kotak produk evo !!! Wowww. Harga biasa kalau beli RM450. Bukan setakat produk aje yang dapat diskaun gila-gila, tetapi dapat lagi cabutan bertuah pada malam tersebut. Rugi ler kalau tak datang.

Ramai yang berebut-rebut nak beli produk promosi tu. Sebab tak nak terlepas cabutan bertuah. Beli satu pakej, dapat satu kupon untuk cabutan bertuah. Tak ada had berapa banyak nak beli. Jadi, mereka yang ada standby duit lebih-lebih tu borong sakan la. Hehehehe. Banyak beli banyak la dapat kupon. Paling best... masa cabutan bertuah tu asyik orang yang sama aje naik turun pentas ambik hadiah. Hahaha. Lepas Encik Remy, encik Lagiman pastu Puan Wanie. Lepas Encik Lagiman, Puan Wanie pastu Encik Remy plak. Fuhhh.. best tuuu. Tapi Cik Suzie kita pun dapat jugak hadiah. Sampai terlatah kat atas pentas tu. Tapi Cik Suzie kita ni baik sangat, dapat 2 kali hadiah dia cuma ambik sekali ajer. Ish ish ish.

Pada majlis tu kalau anda tak beli pakej promosi pun dapat jugak hadiah. Ada yang dapat wallet perempuan dan lelaki dan macam-macam produk evo lagi. Paling best mereka yang dapat hadiah beras sekampit. Hehehe. Jadi ramai la mereka yang betul-betul bertuah semalam. Tak rugi datang ke majlis tu.

Kepada mereka yang terlepas peluang pada malam tersebut, jangan lupa untuk mengambil cuti untuk menghadiri majlis seterusnya yang akan berlangsung di Kota Bharu pada hari Jumaat 17hb Jun 2011. Majlis akan diadakan di Hotel Pacific, Seksyen 26, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. 

Dapat dengar lagu secara live dari rockers dengan tengok persembahan dari awek-awek cun kat Terengganu sebelum majlis dimulakan. 

Power betul suara dia. Saling tak tumpah macam penyanyi asal. Lagu apa tak tau la. Tapi best gak. Lagu Kak Sharifah Aini pun ada gak. Tapi diiringi dengan tarian awek-awek cun ajer. Penyanyinya tak nampak.


Gambar 2 'pair' leader evo. Hehehe. Jangan marah aaaaa. Kacak giler 2 leader kat tengah tu. Nak tau rahsianya? Mudah ajer. Daftar evo dulu ler pastu tak de rahsia la. Nak daftar klik ler sini. Tak mahal ler. Hanya RM150 jer pengerasnya.

Panjangnya nak kena beratur sebelum makan. Tapi semua orang dapat makan. Best... Makan dulu kenyang-kenyang pastu dapat hadiah pulak. Tak beli produk dapat hadiah sikit ajer. Kalau beli produk dapat hadiah lagi banyak. Datang la join kita orang kat Kota Bharu nanti pada  17hb Jun 2011. Bawak duit banyak-banyak skit. Gambar sebelah kanan tu leader evo tengah dok tanya makanan cukup tak untuk semua yang datang. Tak reti dok diam langsung dua leader ni. Hahaha.



P/s... Paling best bila dapat hadiah kat depan kereta upline. Hehehe. Jadi jom ler join group malayshops. Banyak syok oooo. Nak daftar dengan malayshop, klik sini kalau nak hantar emel klik jer sini. Apa lagi yer ? Ermmmm... Nak nombor handphone malayshops pun boleh. Call jer. Aiman tak kisah.

Tags: , ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.