Macam-macam bisnes, mana satu nak pilih ?



Macam-macam bisnes yang datang ke malayshops. Ada kalanya sukar untuk membuat pilihan.  Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, kami amat menghargai semua peluang dan usaha anda untuk memajukan bisnes-bisnes yang ada. Kami juga berterima kasih kepada anda semua kerana sudi berkongsi kebaikan dan kelebihan produk dan perkhidmatan anda dengan kami semua di malayshops ini. Insya Allah, kami cuba bantu setakat yang termampu.

Kalau nak bisnes yang berkaitan dengan produk kesihatan, macam-macam produk kesihatan ada kat pasaran. Kalau kita kata kita jual tongkat ali yang terbaik, esok lusa ada pulak orang datang cakap dia pulak yang terbaik. Apa lagi, masing-masing mencari alasan untuk menjatuhkan yang lain. Macam-macam tongkat ali berlawan dan bersaing untuk merebut pasaran yang sama. Siapa yang menang? 

Apa jua pilihan anda, kami yakin anda telah memilih yang terbaik. Bisnes yang anda pilih, tentunya adalah terbaik mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri. Kalau ianya bukan yang terbaik, kenapa anda melakukannya? 

Memilih jenis perniagaan kadangkala merumitkan. Ada orang yang terlalu berhati-hati dalam membuat pilihan. Akhirnya apa bisnes pun dia tak buat. Ada juga yang tak fikir panjang. Nampak ok jer, terus dia buat. Bila dah buat seminggu, macam-macam pulak masalah yang tak dijangka menimpa. Cepat atau lambat akhirnya tutup jugak kedai tu. Lepas tu cari lagi bisnes lain. Buat sekejap tutup lagi. Tidak kah itu membazirkan masa dan wang ringgit ? Paling tak bagus ialah reputasi atau imej anda sendiri. Kawan-kawan dan juga pelanggan-pelanggan mungkin keliru dengan anda ? Cuma mereka mungkin tidak bertanya kepada anda.... "you ni bisnes apa ? sekejap itu sekejap ini."

Jadi, kalau bisnes yang anda buat itu dah serasi dengan diri anda, elokla diteruskan dan diperbaiki di mana yang masih kurang. Jangan disebabkan sedikit sahaja masalah yang datang, anda terus tutup kedai. Ianya akan merugikan diri anda sendiri juga. Bisnes memang mencabar dan anda perlu sabar dan kreatif untuk meneruskannya. Fikirkan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Ianya akan memanjangkan jangka hayat perniagaan anda.

Apa jua nasihat dan cadangan sama ada yang baik atau komen yang teruk, janganlah di telan bulat-bulat. Fikirkan dulu. Mana yang baik anda amalkan dan gunakan untuk perniagaan anda. Komen dan kritikan yang tak membawa kebaikan tu anda letakla kat tepi. 

Selamat memilih perniagaan anda. Buat pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.