Kek Dan Roti 100% Halal Keluaran Muslim

Produk keluaran Faraulah cake dan cafe adalah 100% halal. Anda boleh menikmati produk kami tanpa was-was. Dengan pengalaman melebihi 10 tahun di industri kek ini, kami telah melangkah setapak lagi ke hadapan. Kami bukan sekadar membuat, membekal dan menjual kek tetapi kami juga memberikan peluang kepada usahawan yang ingin menceburi bidang ini dengan mengadakan kelas-kelas untuk membuat kek dan produk-produk seperti keluaran kami.
Kami menyediakan :

  1. Pelbagai jenis kek (perkahwinan, hari lahir, hari guru, hari bapa, hari ibu dan lain-lain)
  2. Cenderahati majlis perkahwinan (menggantikan bunga telur)
  3. Pelbagai jenis roti dan pastri
  4. Pelbagai jenis cookies
  5. Piza dan donut segera
  6. Kuih muih basah segera
  7. Snek
Kami juga menerima tempahan untuk :
  1. Cookies / snek
    • cookies sentiasa ada di kedai
    • tempahan kuih raya (cookies)
      • harga borong bagi pembelian dengan kuantiti yang banyak
      • tempahan kuih raya hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh permulaan puasa
      • tempahan hamper kuih pelbagai harga dan bentuk seperti kerepek ubi, pisang, sukun, keledek, popia goreng dan lain-lain lagi turut disediakan
  2. Roti & pastri
    • bagi sesiapa yang ingin mendapatkan roti dalam kuantiti yang banyak, kami sedia menerima tempahan dengan harga yang berpatutan
    • kami juga menerima tempahan pelbagai kek untuk hari-hari istimewa seperti kek hari lahir, perkahwinan dan lain-lain
Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah :
  1. Menerima tempahan kuih-muih untuk majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari keluarga, sukan serta majlis-majlis rasmi kerajaan.
  2. Kepada yang berminat untuk mendalami bidang ini, kami juga mengadakan kelas-kelas membuat roti, kek serta produk yang berkaitan. Kelas diadakan 2 kali sebulan (setiap Ahad jam 2 petang)
  3. Kami juga bersedia untuk menerima jemputan bagi mereka yang lebih berminat untuk mengadakan kelas membuat kek dan roti di tempat sendiri (bilangan pelajar mestilah tidak kurang daripada 15 orang peserta)
  4. Kami juga bersedia untuk menerima tempahan daripada mana-mana resort dan hotel
  5. Bagi kesemua perkhidmatan yang kami tawarkan, kadar bayaran masih boleh dirundingkan dan kami turut menyediakan pelbagai pakej yang menarik bersesuaian dengan slogan harga kami yang MESRA PELANGGAN.
Antara sampel-sampel kek kami yang dapat dipaparkan di sini...




Farulah Cake & Cafe (CA0072388-D),
No. 7 Lorong Baiduri 1,
Nadi Kota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.

09-4661976

0199475104 / 0129287349



Kunjungi laman kami di :
Tags: , ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.