Hebatnya bisnes networking

Fuhhh... hebatnya orang buat bisnes networking !!!. Anak buah sana. Anak buah sini. Merata-rata kat dalam Malaysia ada jer anak buah dia orang. Hebat tu. Lagi hebat bila dia kat Malaysia tapi anak buah dia kat luar Malaysia. Fuhhhh. Macam tak percaya pun ada. Tapi itula kehebatan networking.

Tapi ramai jugak yang sekadar masuk ajer. Daftar masuk ahli sebab saja nak ambil hati kawan tu. Kat depan tu citer macam nak rak. Bila member tu dah tak de, hampeh. Hehehe. Anda biasa tak jumpa orang macam ni?

Buat apa-apa bisnes pun kena ada strategi. Kena ada perancangan. Kalau sekadar nak buat ajer, tentu banyak halangan dan masalah yang akan timbul di kemudian hari nanti. Ada orang kata buat bisnes online ni senang, tapi betul ke bisnes online ni mudah sangat? Yer. Mudah sangat kalau kena dengan kaedahnya. Tapi apa-apa pun, kalau tak tahu boleh belajar dari orang yang lebih tahu. Selalu bertanya kepada kawan-kawan dan mencari maklumat tak kira di mana sahaja. Tak semestinya kat dalam internet ajer. Kat kedai buku pun boleh cari maklumat juga. Suratkhabar, majalah, poster dan flyer serta iklan-iklan juga boleh memberikan kita idea mengenai sesuatu perkara.

Saya selalu mendapat pelanggan-pelanggan baru dari ruangan iklan yang terdapat samada di suratkhabar, majalah, poster, flyer dan adakalanya dari nombor-nombor telefon yang saya jumpa samada di dinding bangunan atau di tiang-tiang pondok telefon. Mungkin pada pendapat anda, mereka ini hanya peniaga kecil-kecilan. Tetapi, ada juga di antaranya yang sudah stabil dalam perniagaan mereka. Pendapat kita mungkin berbeza tetapi matlamat kita semua adalah satu sahaja... untuk mencari pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan kita. Jadi, anda juga perlu kreatif untuk mencari pelanggan-pelanggan baru untuk meneruskan jangka hayat perniagaan anda.

Kami di MalayShops sentiasa menyediakan ruang untuk anda mengembangkan perniagaan anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan kami, klik ajer di ruangan pertanyaan untuk memudahkan kami membantu anda.

Selamat maju jaya semua kepada e-networker. 
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.