Di mana ada wifi, di situ ler ada aku

Zaman sekarang kebanyakan restoran dah ada wifi. Dah jadi macam satu trend. Dulu kalau tak ada broadband memang susah nak guna internet masa kat luar rumah atau pejabat. Sekarang internet dah merata tempat. Kat warung pun ada internet jugak.

Semasa bisnes pelaburan tengah rancak dulu, kat mana-mana kedai yang ada wifi atau kemudahan internet ni akan ada banyak la laptop kat atas meja makan. Penuh kat atas meja tu dengan laptop. Ada yang besar ada yang kecik. Ada jugak yang sorang tu sampai 2 laptop sekali guna. Fuhhhh. Dahsyatnya bisnes dia tu. Habis tu, makanan kat mana pulak? Hehehe. Makan kat meja lain la kot. Kat meja tu dah penuh dengan laptop. Mana nak letak semua benda kat satu tempat.

Paling kelakar ada jugak yang sebenarnya tak tahu sangat nak guna internet atau komputer tapi buat-buat macam tau jer. Aku pun tertipu jugak dengan dia orang ni semua. Hahaha. Mana taknya, member tu datang dengan penuh gaya bawa laptop. Pastu buka komputer tunjuk dua atau tiga gambar dan tutup komputer. Tak pernah pulak nak tanya kenapa cepat sangat tutup komputer tu. Macam bagus aje. Pastu buat penerangan guna kertas kosong. Macam bisnes lain-lain. Guna kaedah secara manual. Lepas sebulan pun macam tu. Rupa-rupanya.... itu aje la yang dia tau bila guna komputer. Lain-lain tu dia memang tak tahu. Jadi sebelum orang tanya dia macam-macam perkara yang dia tak tahu, awal-awal lagi dia dah mengelak diri dari kena tanya. Cekap betul kawan kita ni. Tapi itu dah cerita lama. Sekarang dia dah cekap. Dah ada laman dot kom sendiri. Itu menunjukkan ada perubahan yang bagus.

Zaman dah berubah. Semua urusan boleh diselesaikan dengan sekelip mata. Itula yang dikatakan sebagai dunia di hujung jari anda. Tak kira di mana saja anda berada, semuanya mudah.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.