Kenapa Anda Perlukan Bisnes Kad ?

Anda dah ada bisnes kad ? Kalau belum, buat la 200 keping dengan kami. Nak free pun boleh jugak. Ada caranya. Kalau dah ada bagus la. Tahniah kerana anda sudah mempunyai pengenalan untuk memperkenalkan dunia perniagaan anda kepada bakal pelanggan.

Kenapa anda perlu ada bisnes kad kalau anda berniaga ? Kita biasa melihat orang memakai tanda nama pada poket sebelah kiri. Kenapa perlunya memakai tanda nama tu pada baju ? Ianya adalah pengenalan diri anda. Ini memudahkan orang lain untuk memanggil anda dengan nama sebenar. Tak perlu lagi bertanyakan, 'Siapa nama encik ?'.

Peranan bisnes kad pun sama juga. Ianya akan memudahkan orang lain yang ingin berurusan dengan anda menghubungi anda semula apabila diperlukan. Tidak semestinya anda akan mendapat semua bisnes pada hari yang sama anda mengedarkan bisnes kad anda. 

Dengan adanya bisnes kad, maklumat mengenai perniagaan anda akan lebih mudah untuk disebarkan. Ini kerana biasanya pada sesuatu bisnes kad akan ada bukan setakat nama dan nombor telefon sahaja tetapi di zaman moden ini, laman web dan juga emel anda juga selalunya disertakan sama. Bahkan di zaman ini hampir semua peniaga mempunyai laman web dan blog sendiri untuk menyampaikan maklumat perniagaan mereka.
Tags:

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.