Skin Refresh

Kami baru sahaja memulakan langkah awal untuk membina rangkaian di kalangan peniaga-peniaga Melayu. Sebarang komen dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan.


Skin Refresh adalah produk yang dapat membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit. Membantu melicinkan kulit dan menyelesaikan masalah kulit anda.

Panduan penggunaan produk Skin Refresh

Skin Refresh adalah produk yang dikhususkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit. Ianya adalah diasaskan dari bahan zeolite yang kaya dengan bahan-bahan mineral.

Kaedah penggunaan :
  1. Tuangkan sedikit produk ke dalam tudung botol putih untuk digunakan. Elakkan dari menuang terus ke atas tapak tangan untuk mengelakkan pembaziran.
  2. Tuangkan produk di dalam tudung botol tadi ke atas tapak tangan dan tutup semula botol Skin Refresh.
  3. Campur sedikit air untuk melarutkan produk.
  4. Sapukan pada muka seperti anda menyapu losyen.  Bilas setelah 2 minit.
  5. Alami perbezaan sebelum dan selepas penggunaan.
  6. Skin Refresh bukan hanya untuk muka tetapi juga boleh digunakan untuk seluruh badan. Gunakan kaedah yang sama seperti tadi.
Pelbagai kegunaan lain :
  1. Mencampurkan produk dengan sedikit air dan sapukan pada tempat yang bermasalah dan gosok sehingga sebati dengan kulit boleh menghilangkan kegatalan pada kulit dengan cepat. Cuba anda gunakan pada kulit anda yang terkena gigitan nyamuk atau serangga.
  2. Kepada anda yang susah untuk membuang air besar, amalkan la menyapu pada perut. Insya allah, ianya akan memudahkan anda.
  3. Penggunaan pada tempat yang lenguh juga akan memberikan anda keputusan yang baik.
  4. Anda boleh mencuba sendiri di tempat yang bermasalah asalkan tidak mendatangkan mudarat.
Perbezaannya :
Apabila anda menggunakan Skin Refresh ke seluruh badan anda semasa mandi, ianya adalah seperti anda menggunakan losyen ke seluruh badan setelah mandi. Kulit anda akan sentiasa lembap dan tidak kering. Tiada lagi kesan sabun pada kulit anda. Kulit akan lebih cerah dan secara perlahan-lahan kesan parut-parut lama akan hilang. Kulit juga akan kurang berkedut kerana mendapat bekalan oksigen yang cukup melalui penggunaan Skin Refresh yang berterusan ini. Oleh itu, gantikan sabun anda dengan Skin Refresh hari ini juga.
Untuk mendapatkan pelbagai tips dan kegunaan lain, jangan lupa untuk menghubungi kami sebelum  anda kehabisan stok.

Untuk menjadikan produk ini mampu digunakan oleh semua pengguna, kami akan memastikan supaya harga jualan adalah tidak melebihi RM10 sebotol.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Dapatkan pelbagai tips percuma dari kami di masa akan datang.

Nama produk : Skin Refresh
Harga jualan : RM10
Kod produk : SR10
Tags: ,

Perihal pemilik blog

Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2006. Sekarang menjadikan internet dan komputer sebagai alat untuk mencari dan meningkatkan pendapatan secara sepenuh masa. Di bawah label MalayShops, kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat untuk peniaga-peniaga Melayu yang tiada masa, pengalaman, kewangan dan sebagainya untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka.